Thursday, 24 October 2013

Osteoporosis Jejas Emosi Wanita

Hai.. Entry kali ni nak cerita lagi pasal osteoporosis.. Sebenarnya, mmg banyak artikel & info mengenai osteoporosis ni.. sbbnya ramai yang ambil mudah tentang kesihatan tulang.. Jangan la bagi tulang kita reput sebelum usia kan.. Lagi2 kalau anda sebagai wanita yang menjadi tunggak dalam keluarga.. Oleh itu, penting untuk kita melindungi tulang supaya boleh terus menjadi tunggak kekuatan keluarga.. 

Kesihatan tulang yang lemah biasanya dianggap sebagai ‘penyakit orang tua’, tetapi tulang mungkin menjadi semakin lemah bermula dari usia 30-an. Ini biasanya disebabkan kekurangan kesedaran terhadap apa yang boleh dilakukan untuk mencegah osteoporosis.

Bagaimanapun, dengan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan pengambilan kalsium yang secukupnya, kadar kejadian osteoporosis boleh dikurangkan. 

Ok... Jom tengok Info kt bawah ni.......



Mendengar cerita ibu mengenai kawan baiknya yang retak tulang pinggul selepas jatuh di bilik air, merisaukan penulis adik-beradik. Malah, ibu sendiri turut bimbang sekiranya perkara itu berlaku pada dirinya. Mana tidaknya, keretakan tulang itu membuatkan kawan ibu tidak boleh berjalan dan terpaksa bergantung bantuan anak-anak bagi semua perkara termasuk perlu dipapah ke bilik air untuk buang air kecil!
Masalah tulang rapuh atau osteoporosis memang kerap berlaku pada wanita berumur apatah lagi dalam kalangan masyarakat kita yang begitu berkira tenaga untuk bersenam.
Berdasarkan maklumat Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat, osteoporosis menyebabkan 1.5 juta kes keretakan tulang setiap tahun di negara itu. Keretakan tulang ini bukan sekadar menyebabkan rasa sakit, bahkan ia memberi kesan yang lebih besar pada emosi seseorang dan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.
Bagi individu yang mengalami osteoporosis, keretakan tulang boleh berlaku di mana-mana tetapi yang paling kerap pada pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang. Jika tulang belakang yang retak, berkemungkinan besar seseorang itu tidak dapat berjalan lagi jika tiada bantuan. Ada kajian menunjukkan 20 peratus daripada golongan berumur 50 tahun ke atas yang mengalami keretakan tulang pinggul meninggal dunia dalam tempoh setahun kerana pelbagai komplikasi kesihatan.

Setiap orang khususnya wanita berisiko untuk mengalami osteoporosis. Jadi ketika masih sihat ini, marilah kita bersama-sama menjaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta sumber kalsium, mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadikan senaman sebagai ‘ubat kuat’ untuk mengurangkan risiko ini.

Pemakanan seimbang juga menjadi penyumbang besar terhadap kesihatan dan kekuatan tulang pada hari tua. Walaupun `hari tua’ itu dirasakan masih terlalu jauh, keadaan kita pada hari itu sebenarnya bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini.

Antara cara mudah mengekalkan kesihatan dan kekuatan tulang ialah dengan minum susu dua gelas sehari. Semua wanita dewasa, termasuk yang menopaus, memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 miligram kalsium sehari. Malah ada pakar berpendapat wanita menopaus perlu mendapat 1,300 miligram kalsium setiap hari untuk mengelak masalah reput tulang.

Perkara paling dikhuatiri berlaku pada individu osteoporosis ialah jatuh. Ia boleh terjadi pada sesiapa, di mana-mana dan pada bila-bila masa terutama warga emas. Semakin kita berusia, penglihatan dan pendengaran menjadi kurang jelas, keseimbangan juga berkurang. Inilah sebabnya warga emas berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi untuk jatuh.


Berita baiknya, risiko ini boleh dikurangkan dengan melakukan beberapa perubahan mudah dalam hidup kita seperti:

Kerap bersenam - Bersenam atau bergerak cergas sebenarnya membantu mengekalkan tindak balas kita dan menguatkan otot. Ia juga membantu koordinasi dan keseimbangan supaya kita tidak mudah terjatuh.

Menurut risalah pendidikan Mayo Clinic, senaman juga memberi kesan langsung ke atas kekuatan tulang. Tulang adalah tisu hidup dan seperti otot, ia juga akan menjadi lemah jika tidak digerakkan (senaman). Bersenam akan menguatkan tulang dan ia tidak mudah patah sekiranya kita jatuh. Pakar kesihatan mencadangkan kita melakukan senaman membawa beban (contohnya berjalan dan menaiki tangga), senaman ketahanan (mengangkat berat) dan senaman untuk keseimbangan serta keanjalan (seperti tai chi atau yoga).

Bagaimanapun bagi yang jarang bersenam, dapatkan nasihat doktor terlebih dulu mengenai jenis senaman yang sesuai untuk anda. Namun secara amnya, senaman ringan seperti berjalan selamat untuk semua orang.

Pilih kasut yang sesuai dan selesa. Carilah kasut bertumit rendah yang menawarkan sokongan untuk kaki.

Jika anda mengalami masalah sakit sendi, belilah alat bantuan berjalan seperti tongkat berkaki tiga. Jangan benarkan sakit sendi menghalang anda daripada bersenam meskipun hanya berjalan perlahan-lahan. Ia lebih baik daripada tidak bergerak langsung.

Pasang lampu ketika berada dalam rumah, khususnya jika pencahayaan semula jadi kurang baik. Semakin kita berumur, penglihatan kita menjadi kurang jelas. Jadi kita mungkin tidak nampak objek kecil di atas lantai yang boleh membuatkan kita terjatuh. Letak lampu di semua bilik, tangga, ruang keluarga, laluan ke belakang. Pada masa sama, sediakan lampu suluh di tepi katil sebagai persediaan sekiranya berlaku keputusan tenaga elektrik pada waktu malam.

Kemas kini susun atur dan perhiasan rumah. Apa yang boleh anda lakukan? Banyak. Antaranya:

a. Kemas semua bilik dan ruang. Pastikan tiada barang di atas lantai yang boleh membuatkan anda atau ahli keluarga terjatuh.
b. Gulung semua permaidani dan tikar yang mudah bergerak - kerana ia adalah antara penyumbang kepada punca jatuh.
c. Pasang tikar khas pada lantai yang licin.
d. Pasang susur tangan sebagai pemegang di tangga, ruang menuju bilik air, dalam bilik air dan bilik tidur yang digunakan ibu atau bapa.
e. Letakkan tikar getah yang kesat pada lantai bilik air.
 
Kenali ubat yang diberikan kepada anda. Apabila berumur, macam-macam penyakit bersarang. Sesetengah jenis ubat mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan kita rasa mengantuk, pening atau hilang keseimbangan contohnya ubat antikemurungan, tekanan darah tinggi, pelega otot dan beberapa ubat bagi masalah jantung. Jadi dapatkan penjelasan terperinci daripada doktor mengenai ubat yang anda ambil supaya kita dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Untuk meningkatkan keselamatan di luar rumah, anda boleh lakukan perkara di bawah:

a. Bersihkan lumut yang tumbuh di kaki lima di rumah anda. Ia akan menjadi sangat licin apabila hujan atau terkena air.

b. Tandakan tempat yang boleh menyebabkan kecederaan dengan cat putih atau merah supaya mudah dilihat.

c. Pasang lampu di halaman.

d. Pastikan semua peralatan berkebun disimpan di tempatnya dan tidak dibiarkan bersepah.

e. Potong rumput supaya sentiasa pendek.

f. Baiki mana-mana kerosakan di halaman anda termasuk laluan jalan kaki dan lantai garaj.

Info Dari : Harian Metro


Haaa.... Jangan ambil langkah sambil lewa jer.. sebab bole mengganggu emosi wanita tau.. Kalau emosi terganggu.. org lelaki pn takut nk dekat tau.. kalau suami yang takut nk dekat, mcm mane????? So, bak kate omputih la kan... LATE IS BETTER THAN NOTHING kan... ape lagi nk pikir2 tu.. klik sini untuk info lanjut bagaimana SHAKLEE dapat membantu...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...