Wednesday 30 October 2013

Omega Guard - Apa kelebihannya untuk jantung anda

Apa yang best sgt tentang Omega Guard Shaklee ni... Jom tengok!!!


  • Melindungi Jantung anda ~Ia membekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Ultratulen dan bergred Farmaseutikal~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan
  • Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.

Saturday 26 October 2013

Rabun? Carotomax Shaklee Dapat Membantu

Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.
Carotomax membekalkan Vitamin A yang diperlukan oleh badan, yang sepatutnya diperolehi melalui pengambilan 5-9 hidangan sayuran & buah-buahan sehari yang sudah semestinya mustahil untuk dilakukan.

Apa itu Carotenoid?

Carotenoid adalah pigmen yang membentuk sayur-sayuran seperti oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.
Sumber yang mengandungu carotenoid adalah lobak, tomato, bayam, kentang dan lain-lain sayuran. Cara terbaik untuk mengekalkan carotenoid adalah dengan mengambil sayura ini TANPA DIMASAK.

Fungsi & Kebaikan Carotenoid
  • Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas.
  • Sumber Vitamin A terbaik
  • Meningkatkan sistem imunisasi.
  • Membetulkan fungsi organ tubuh.
  • Mencegah kanser
  • Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
  • Diperlukan semasa selesema, batuk & gangguan penyakit-penyakit ringan.
  • Terlibat dalam penghasilan sperma & ovum
  • Penting untuk pertumbuhan tulang yang kuat.
  • Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih
  • Membina semula sel-sel yang rosak
  • Melindungi dari rabun malam
  • Menjaga kesihatan mata
  • Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit & rambut yang sihat.
  • Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul & sebagainya.
Tanda-tanda kekurangan
  • Masalaah jerawat 
  • Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut 
  • Tumbesaran terencat 
  • Masalah tidur dan insomnia 
  • Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki 
  • Masalah rabun malam.
Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan.

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan.

 Kenapa Carotomax Shaklee 


Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. 

Apakah kandungan dalam SEBIJI CAROTOMAX

  • alpha-carotene daripada 89 hidangan RASPBERI (102 cawan)
  • astaxanthin daripada 1 hidangan SALMON (4 oz)
  • beta-carotene daripada 102 hidangan PISANG (125 biji pisang bersaiz medium)
  • lutein and zeaxanthin daripada 285 hidangan GRAPEFRUIT merah jambu (162 biji grapefruit bersaiz medium)
  • lycopene daripada 714 hidangan APRICOT (2830 biji buah apricot)
Siapa yang perlukan CarotoMax

  • Semua peringkat umur yang inginkan kesihatan menyeluruh
  • Kanak-kanak (12 tahun ke atas), remaja, atau pun orang dewasa yang tidak sempat/mampu mengamalkan diet seimbang
  • Mereka yang tidak dapat mengambil jumlah hidangan buah-buahan dan sayuran yang secukupnya setiap hari dan terdedah kepada ancaman radikal bebas. 

AMARAN!

Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.


* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnos, mencegah ataupun merawat sebarang penyakit.

Utamakan kesihatan diri anda!!
Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan HARGA ISTIMEWA!!! Konsultasi mengenai tips dan jadual pengambilan vitamin adalah PERCUMA.. Dan juga FREE GIFT!!



I'm Your SID (Shaklee Independent Distributor) ID 953036 
Nooremmy Zuraidah Saari (Emmy)
SMS/Whatsapp : 019-6977271
Email : nooremmyzuraidah@yahoo.com / nooremmy.zuraidah@gmail.com

Ridzuwan (Wan)
SMS : 013-6977721 / 019-3776721
Email : mohdridzuwanruslee@yahoo.com



















Thursday 24 October 2013

Amalan Pemakanan Yang Kurang Baik Boleh Menjejaskan IQ Kanak-Kanak



Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.


Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.

The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.

Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health.

Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur.

"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.

Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.

Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.

Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.

"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.

Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.

"Penemuan ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."

Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.


Info Dari : Laman Kesihatan




Cara Pengambilan Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak

Omega Guard adalah salah satu daripada vitamin/suplemen yang disyorkan untuk anak-anak kita. Anda boleh mula memberikan Omega Guard kepada anak-anak seawal usia mereka setahun dengan dos minimum, iaitu sebiji sehari, dan tidak perlu pun setiap hari.

Apa itu Omega Guard Shaklee?
Omega Guard Shaklee vitamin untuk kanak-kanak
Omega Guard bagus untuk minda kanak-kanak
Secara asas, anda perlu tahu ia adalah fish oil. Tapi, fish oil yang bagaimana?

Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Minyak ikan terbaik di dunia!!!!
 

Manfaat Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak?

  1. Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)
  2. Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  3. Membantu merawat eczema. Omega Guard ni bagus kalau nak kulit cantik tau ;-)
  4. DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  5. Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
  6. Dan banyak lagi sehingga mereka dewasa 
Cara pengambilan Omega Guard kepada kanak-kanak?
  • Jika anak belum pandai mengunyah atau anda sendiri kurang yakin, boleh potong/pecahkan dan sudukan terus pada anak atau campur dalam makanan dan minuman mereka.

  • Jika anak anda sudah pandai mengunyah, boleh berikan sahaja sebiji kepada mereka, namun haruslah di bawah pengawasan ibu bapa.


* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnos, mencegah ataupun merawat sebarang penyakit.

Utamakan kesihatan diri anda!!
Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan HARGA ISTIMEWA!!! Konsultasi mengenai tips dan jadual pengambilan vitamin adalah PERCUMA.. Dan juga FREE GIFT!!



I'm Your SID (Shaklee Independent Distributor) ID 953036 
Nooremmy Zuraidah Saari (Emmy)
SMS/Whatsapp : 019-6977271
Email : nooremmyzuraidah@yahoo.com / nooremmy.zuraidah@gmail.com

Ridzuwan (Wan)
SMS : 013-6977721 / 019-3776721
Email : mohdridzuwanruslee@yahoo.com


Vitamin Untuk Pelajar - Lebih Fokus & Cerdas



Salam & Hai semua... 
Dalam hidup ni, bukan senang nak jadi ape yang kita cita-citakan waktu zaman kecik-kecik dulu.. Igt lagi time sekolah dulu, cikgu mesti tanya kan ape cita-cita kita.. ade tu nak jd engineer la.. pilot la.. perdana menteri la... pokoknya semua nak jadi yang best2.. Tapi tak guna juga kalo cita-cita hanya angan-angan kan.. tanpa ada usaha.. betul tak???

Hidup kita ni memang penuh dengan aktiviti belajar jer.. Dari kita lahir pun parent kita da ajar macam-macam.. Pastu masuk tadika.. umur 7-12 tahun sekolah kebangsaan.. pastu sekolah menengah.. Kalo rajin usaha, dapat la jejak kaki ke Universiti.. 

Saya pun macam tu jugak.. Memang susah.. alhamdulillah saya bersyukur dengan apa yang saya ada hari ni.. Ok2.. membebel la pulak kan.. Tapi memang life student ni penuh cabaran.. bayangkan kadang2 tu class dari pagi sampai malam.. Makan pun tak menentu waktunya.. Rehat apa lagi kan.. Ade tu curi2 tido dalam surau, memang penat.. Nak2 time tu pulak ade quiz & test kan.. Stress nya xpayah cakap la kan.. Tu belum lg final exam dengan viva fyp.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yg kita rasa.. Badan lesu xbermaya.. Mata dah macam panda pun ada.. demam selesema memang wajib la.. 

So, dulu saya xkenal lagi SHAKLEE ni time study uitm.. Kalau tau memang dah lama amalkan suplemen ni.. 
So, dari saya bebel lagi panjang... Jom jengah cadangan suplemen untuk anda yang bergelar student....


Mealshake
  • Sangat bagus sebagai sarapan pagi kerana ia mengandungi nutrien lengkap untuk memberi khasiat kepada pelajar.
  • Ibu-ibu yang kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan boleh memberikan Mealshake kepada anak mereka menu sarapan pagi.
Omega Guard
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.


Omega Guard adalah salah satu daripada vitamin/suplemen yang disyorkan untuk anak-anak kita. Anda boleh mula memberikan Omega Guard kepada anak-anak seawal usia mereka setahun dengan dos minimum, iaitu sebiji sehari, dan tidak perlu pun setiap hari.

Klik sini untuk cara pengambilan omega bagi kanak-kanak


B Complex
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.
Lecithin
  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
  • Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnos, mencegah ataupun merawat sebarang penyakit.

Utamakan kesihatan diri anda!!
Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan HARGA ISTIMEWA!!! Konsultasi mengenai tips dan jadual pengambilan vitamin adalah PERCUMA.. Dan juga FREE GIFT!!



I'm Your SID (Shaklee Independent Distributor) ID 953036 
Nooremmy Zuraidah Saari (Emmy)
SMS/Whatsapp : 019-6977271
Email : nooremmyzuraidah@yahoo.com / nooremmy.zuraidah@gmail.com

Ridzuwan (Wan)
SMS : 013-6977721 / 019-3776721
Email : mohdridzuwanruslee@yahoo.com


Kenapa Perlu Amalkan Suplemen @ Makanan Tambahan

Assalammualaikum... Ok, hari ni saya nk tulis entry mengenai Konsep Perubatan Anti Penuaan.. Pagi2 tadi baca paper Harian Metro tibe2 dapatla satu idea nak update blog kan.. Maklum la.. paper HM ni paper pilihan hatiku... ececeh.. promote pulak kan..Haruslah kan.. Saya ni staff nstp.. lagipun xrugi baca paper.. banyak ilmu yang kita dapat.. Saya tertarik sebabnya dalam ni ada mention MAKANAN TAMBAHAN / SUPLEMEN.. Tak caya??Ok, jom tgk keratan akhbar ni..




Sepanjang minggu ini saya dihujani dengan pelbagai persoalan berhubung perubatan antipenuaan atau lebih popular dipanggil ‘anti-aging’. Ramai yang mempunyai pelbagai tanggapan salah mengenai antipenuaan dan tak kurang juga yang mencemuh serta menganggap perubatan ini tidak mengikut fitrah dan bertentangan dengan Islam.
Ini semua gara-gara gambar saya terpampang di dada akhbar apabila saya menerima ijazah sarjana perubatan antipenuaan daripada UCSI Universiti minggu lalu.
Hakikat sebenarnya perubatan antipenuaan bidang terbaru dalam aliran perubatan terkini yang secara khususnya bermatlamatkan pencegahan dan pengurangan risiko mendapat penyakit kronik berkaitan dengan proses penuaan dan juga corak kehidupan zaman moden sekarang seperti jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, kegemukan dan pelbagai lagi.
Ia satu kesilapan istilah pada saya kerana konotasi ‘anti’ itu sesuatu yang negatif dan seolah-olah bertentangan dengan fitrah manusia yang pasti akan menjadi tua. Saya lebih suka menggunakan istilah ‘penuaan sihat’ (healthy aging).

Sebelum itu, ingin saya nyatakan di sini apakah yang ‘tidak benar’ berhubung perubatan antipenuaan. Perubatan antipenuaan bukanlah ‘ubat ajaib’ atau ‘ubat rahsia’ yang akan mengekalkan keremajaan. Bukanlah juga sejenis krim muka untuk kelihatan muda atau sejenis makanan atau minuman ajaib yang akan menyebabkan seseorang menjadi muda.

Ia juga bukanlah suntikan ajaib menyebabkan seseorang kelihatan remaja dan hilang segala kedutan di kulit. Perubatan antipenuaan juga bukanlah mengelakkan menjadi tua atau tidak mahu mati. Oleh itu, apa sebenarnya perubatan antipenuaan ini?

Konsep perubatan antipenuaan ini cara hidup sihat secara integratif yang merangkumi pemakanan sihat, pengawalan nutrisi, senaman fizikal, makanan tambahan atau suplemen, keseimbangan hormon, perubahan gaya hidup, mengelak faktor risiko tinggi, kesihatan mental, pengawalan stres dan sebagainya. Ia dilakukan secara amalan harian sepanjang hayat secara konsisten dan berterusan.

Secara umumnya perubatan antipenuaan hidup dengan gaya hidup sihat, sekali gus bermakna seseorang itu perlu makan secara sihat, mengambil suplemen yang perlu, bersenam selalu, tidak merokok, mengawal stres, aktiviti seksual yang sihat, tidak makan berlebihan, meninggalkan tabiat suka gula dan manisan, makan buah-buahan, makan sayuran dan banyak lagi yang perlu diamalkan setiap hari sehingga akhir hayat.

Oleh kerana itu, perubatan antipenuaan boleh dinamakan sebagai ‘perubatan pencegahan integratif’, tetapi terlalu teknikal dan agak membosankan bunyinya. Maka ia lebih popular dipanggil sebagai antipenuaan atau anti-aging walaupun sebenarnya salah istilah.

Zaman sekarang amat kerap kita dengar orang muda mati awal kerana diserang penyakit jantung pada usia 30-an atau awal 40-an. Masalah kesihatan yang serius seperti kegemukan, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung pada umur pertengahan ini sesuatu yang tidak diingini kerana umur pada waktu terbabit masih produktif dan sumbangan amat diperlukan lagi.

Penyakit kronik ini biasanya berlaku kepada orang berumur dan biasanya sudah bersara. Jika seseorang mendapat masalah kesihatan pada umur 30-an atau 40-an, maka kita boleh katakan seolah-olah dia sudah ‘tua sebelum waktunya’.

Pencegahan penyakit ini ilmu antipenuaan yang patut kita amalkan agar kita menjadi sihat sehingga ke akhir hayat. Kerana itulah istilah ‘umur kronologi’ dan ‘umur biologi’ selalu kita dengar, tetapi ramai yang masih keliru.

Seseorang berpenyakit tetapi masih berumur 30-an mempunyai umur kronologi 30-an tetapi umur biologi 70-an. Di sinilah jika mengamalkan perubatan antipenuaan akan membantu menurunkan umur biologi daripada umur 70-an kepada umur 30-an sebagaimana sepatutnya.

Seseorang tidak boleh mengembalikan umur kronologinya kerana tiada siapa yang boleh memutar semula masa yang hilang tetapi kita boleh mengembalikan umur biologi kepada yang sepatutnya jika kita menjaga kesihatan dengan baik.

Kerana itu, kita juga selalu berjumpa dengan orang yang kelihatan muda dan bertenaga muda berbanding umur mereka sebenar kerana penjagaan kesihatan yang baik. Itulah matlamat sebenarnya perubatan antipenuaan.

Konsep ini selari dengan tuntutan Islam kerana Rasulullah sendiri seorang manusia yang amat sihat dan kekal sihat hingga ke akhir hayat. Penjagaan kesihatan satu tuntutan Islam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 172, yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Makanlah daripada rezeki yang baik yang kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadanya.”

Terdapat kesan sampingan yang amat menarik daripada mengamalkan perubatan antipenuaan iaitu wajah akan kelihatan awet muda, rasa hebat dan lebih bertenaga secara fizikal dan mental. Di samping itu, berat badan lebih ideal, kulit lebih tegang, kurang kedutan, berseri dan cerah berbanding kawan seusia anda.

Ramai yang menghubungi saya bertanya saya bagaimana mengamalkan perubatan antipenuaan. Sebenarnya kebanyakan topik yang saya tulis dalam ruangan ini berkisar mengenai konsep perubatan antipenuaan.

Anda perlu berjumpa doktor yang mempunyai pengkhususan dalam bidang ini. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dan ujian darah berkaitan sebelum mencadangkan pemakanan, suplemen, senaman dan rawatan bersesuaian mengikut individu.

Anda juga perlu faham perubatan antipenuaan bukanlah ubat yang akan merubah anda sekelip mata atau dalam masa singkat. Komitmen bersungguh-sungguh di pihak anda amat perlu untuk mendapatkan hasil terbaik daripada kaedah perubatan antipenuaan ini. 

 Info Dari : Harian Metro 

So, dari sini jer kita da tau yang penjagaan kesihatan amat dituntut dalam islam.. Ape tunggu lagi.. Jom berSHAKLEE beramai-ramai.. Jangan salah faham ye.. Makanan tambahan bukan nyer untuk org2 dewasa.. malah kanak-kanak pun perlukannyer juga.. SHAKLEE ni bagus.. Vitamin untuk seisi keluarga..  Percayalah cakap saya.. memang xrugi membeli.. ni bukan sebab saya pengedar sah Shaklee ye.. tapi mmg da ramai yang dok cakap-cakap kt luar sana.. 
Ok, meh saya nak share sikit kenapa Shaklee.. Credit to Dr. Malinda...

Osteoporosis Jejas Emosi Wanita

Hai.. Entry kali ni nak cerita lagi pasal osteoporosis.. Sebenarnya, mmg banyak artikel & info mengenai osteoporosis ni.. sbbnya ramai yang ambil mudah tentang kesihatan tulang.. Jangan la bagi tulang kita reput sebelum usia kan.. Lagi2 kalau anda sebagai wanita yang menjadi tunggak dalam keluarga.. Oleh itu, penting untuk kita melindungi tulang supaya boleh terus menjadi tunggak kekuatan keluarga.. 

Kesihatan tulang yang lemah biasanya dianggap sebagai ‘penyakit orang tua’, tetapi tulang mungkin menjadi semakin lemah bermula dari usia 30-an. Ini biasanya disebabkan kekurangan kesedaran terhadap apa yang boleh dilakukan untuk mencegah osteoporosis.

Bagaimanapun, dengan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan pengambilan kalsium yang secukupnya, kadar kejadian osteoporosis boleh dikurangkan. 

Ok... Jom tengok Info kt bawah ni.......



Mendengar cerita ibu mengenai kawan baiknya yang retak tulang pinggul selepas jatuh di bilik air, merisaukan penulis adik-beradik. Malah, ibu sendiri turut bimbang sekiranya perkara itu berlaku pada dirinya. Mana tidaknya, keretakan tulang itu membuatkan kawan ibu tidak boleh berjalan dan terpaksa bergantung bantuan anak-anak bagi semua perkara termasuk perlu dipapah ke bilik air untuk buang air kecil!
Masalah tulang rapuh atau osteoporosis memang kerap berlaku pada wanita berumur apatah lagi dalam kalangan masyarakat kita yang begitu berkira tenaga untuk bersenam.
Berdasarkan maklumat Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat, osteoporosis menyebabkan 1.5 juta kes keretakan tulang setiap tahun di negara itu. Keretakan tulang ini bukan sekadar menyebabkan rasa sakit, bahkan ia memberi kesan yang lebih besar pada emosi seseorang dan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.
Bagi individu yang mengalami osteoporosis, keretakan tulang boleh berlaku di mana-mana tetapi yang paling kerap pada pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang. Jika tulang belakang yang retak, berkemungkinan besar seseorang itu tidak dapat berjalan lagi jika tiada bantuan. Ada kajian menunjukkan 20 peratus daripada golongan berumur 50 tahun ke atas yang mengalami keretakan tulang pinggul meninggal dunia dalam tempoh setahun kerana pelbagai komplikasi kesihatan.

Setiap orang khususnya wanita berisiko untuk mengalami osteoporosis. Jadi ketika masih sihat ini, marilah kita bersama-sama menjaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta sumber kalsium, mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadikan senaman sebagai ‘ubat kuat’ untuk mengurangkan risiko ini.

Pemakanan seimbang juga menjadi penyumbang besar terhadap kesihatan dan kekuatan tulang pada hari tua. Walaupun `hari tua’ itu dirasakan masih terlalu jauh, keadaan kita pada hari itu sebenarnya bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini.

Antara cara mudah mengekalkan kesihatan dan kekuatan tulang ialah dengan minum susu dua gelas sehari. Semua wanita dewasa, termasuk yang menopaus, memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 miligram kalsium sehari. Malah ada pakar berpendapat wanita menopaus perlu mendapat 1,300 miligram kalsium setiap hari untuk mengelak masalah reput tulang.

Perkara paling dikhuatiri berlaku pada individu osteoporosis ialah jatuh. Ia boleh terjadi pada sesiapa, di mana-mana dan pada bila-bila masa terutama warga emas. Semakin kita berusia, penglihatan dan pendengaran menjadi kurang jelas, keseimbangan juga berkurang. Inilah sebabnya warga emas berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi untuk jatuh.


Berita baiknya, risiko ini boleh dikurangkan dengan melakukan beberapa perubahan mudah dalam hidup kita seperti:

Kerap bersenam - Bersenam atau bergerak cergas sebenarnya membantu mengekalkan tindak balas kita dan menguatkan otot. Ia juga membantu koordinasi dan keseimbangan supaya kita tidak mudah terjatuh.

Menurut risalah pendidikan Mayo Clinic, senaman juga memberi kesan langsung ke atas kekuatan tulang. Tulang adalah tisu hidup dan seperti otot, ia juga akan menjadi lemah jika tidak digerakkan (senaman). Bersenam akan menguatkan tulang dan ia tidak mudah patah sekiranya kita jatuh. Pakar kesihatan mencadangkan kita melakukan senaman membawa beban (contohnya berjalan dan menaiki tangga), senaman ketahanan (mengangkat berat) dan senaman untuk keseimbangan serta keanjalan (seperti tai chi atau yoga).

Bagaimanapun bagi yang jarang bersenam, dapatkan nasihat doktor terlebih dulu mengenai jenis senaman yang sesuai untuk anda. Namun secara amnya, senaman ringan seperti berjalan selamat untuk semua orang.

Pilih kasut yang sesuai dan selesa. Carilah kasut bertumit rendah yang menawarkan sokongan untuk kaki.

Jika anda mengalami masalah sakit sendi, belilah alat bantuan berjalan seperti tongkat berkaki tiga. Jangan benarkan sakit sendi menghalang anda daripada bersenam meskipun hanya berjalan perlahan-lahan. Ia lebih baik daripada tidak bergerak langsung.

Pasang lampu ketika berada dalam rumah, khususnya jika pencahayaan semula jadi kurang baik. Semakin kita berumur, penglihatan kita menjadi kurang jelas. Jadi kita mungkin tidak nampak objek kecil di atas lantai yang boleh membuatkan kita terjatuh. Letak lampu di semua bilik, tangga, ruang keluarga, laluan ke belakang. Pada masa sama, sediakan lampu suluh di tepi katil sebagai persediaan sekiranya berlaku keputusan tenaga elektrik pada waktu malam.

Kemas kini susun atur dan perhiasan rumah. Apa yang boleh anda lakukan? Banyak. Antaranya:

a. Kemas semua bilik dan ruang. Pastikan tiada barang di atas lantai yang boleh membuatkan anda atau ahli keluarga terjatuh.
b. Gulung semua permaidani dan tikar yang mudah bergerak - kerana ia adalah antara penyumbang kepada punca jatuh.
c. Pasang tikar khas pada lantai yang licin.
d. Pasang susur tangan sebagai pemegang di tangga, ruang menuju bilik air, dalam bilik air dan bilik tidur yang digunakan ibu atau bapa.
e. Letakkan tikar getah yang kesat pada lantai bilik air.
 
Kenali ubat yang diberikan kepada anda. Apabila berumur, macam-macam penyakit bersarang. Sesetengah jenis ubat mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan kita rasa mengantuk, pening atau hilang keseimbangan contohnya ubat antikemurungan, tekanan darah tinggi, pelega otot dan beberapa ubat bagi masalah jantung. Jadi dapatkan penjelasan terperinci daripada doktor mengenai ubat yang anda ambil supaya kita dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Untuk meningkatkan keselamatan di luar rumah, anda boleh lakukan perkara di bawah:

a. Bersihkan lumut yang tumbuh di kaki lima di rumah anda. Ia akan menjadi sangat licin apabila hujan atau terkena air.

b. Tandakan tempat yang boleh menyebabkan kecederaan dengan cat putih atau merah supaya mudah dilihat.

c. Pasang lampu di halaman.

d. Pastikan semua peralatan berkebun disimpan di tempatnya dan tidak dibiarkan bersepah.

e. Potong rumput supaya sentiasa pendek.

f. Baiki mana-mana kerosakan di halaman anda termasuk laluan jalan kaki dan lantai garaj.

Info Dari : Harian Metro


Haaa.... Jangan ambil langkah sambil lewa jer.. sebab bole mengganggu emosi wanita tau.. Kalau emosi terganggu.. org lelaki pn takut nk dekat tau.. kalau suami yang takut nk dekat, mcm mane????? So, bak kate omputih la kan... LATE IS BETTER THAN NOTHING kan... ape lagi nk pikir2 tu.. klik sini untuk info lanjut bagaimana SHAKLEE dapat membantu...






Monday 21 October 2013

Nutrisi Bagi Mengurangkan Osteoporosis

Amalkan pengambilan berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:
  1. Kalsium
    Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.
  2. Vitamin D
    Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah. Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.
  3. Protein berlebihan
    Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan. Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.

Info : Osteoporosis

Apa itu OSTEOPOROSIS?



Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.
Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.
Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.
Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.
Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.
Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Simptom

Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.
Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.
Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.
Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.
Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.
Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.

Info Dari : Laman Kesihatan

Ostematrix _ Shaklee

Best nyer tentang Kalsium Shaklee (Ostematrix) untuk tulang yang kuat!!
 

Lebih Dari Sekadar Kalsium
  • 1 tablet ostematrix ada gabungan yang super hebat dan lengkap untuk membina tulang yang kuat, padat dan sihat, kerana:
  • terdapat 1,000mg (100%DV) calcium dari sumber alam semulajadi (bukan artificial). Paling concentrated dan juga paling mudah diserap.
  • ada 400mg (100%DV) magnesium yang bantu menggabungkan calcium ke dalam tulang dan menguatkan tulang.
  • di dalamnya ada 400IU vitamin D (100% DV) yang merangsang penyerapan kalsium.
  • memiliki boron dalam jumlah yang 'perfect' untuk membantu metabolisma tulang.
  • terdapat vitamin K yang akan mengikat mineral dan membentuk tulang
  • dan juga ada mangan, copper dan zinc, sebagai membantu mengaktifkan enzim yang akan membina jisim tulang.

Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?



KALSIUM


250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.

VITAMIN D

Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol' (dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.



Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis.

Kenapa Shaklee????

Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium sahaja tidak mencukupi. 

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat.

Bole refer kandungan yang ada di dalam Ostematrix seperti di bawah :

Supplement Facts Serving Size: 4 Caplets Servings per Container: 30

Ingredients
Amt Per Serving
Units
%Daily Value
Total Carbohydrate
<1
g
<1%**
Vitamin D3 (as cholecalciferol)
400
IU
100%
Vitamin K (as phytonadione)
40
mcg
50%
Calcium (as calcium carbonate, calcium citrate and calcium citrate malate)
1,000
mg
100%
Magnesium (as magnesium oxide, magnesium citrate and magnesium gluconate)
400
mg
100%
Zinc (as zinc gluconate)
1.5
mg
10%
Copper (as copper gluconate)
0.2
mg
10%
Manganese (as manganese gluconate)
0.2
mg
10%
Sodium
5
mg
<1%
Boron (as trace mineral protein hydrolysate)
3
mg
*
** Percent Daily Values (DV) are based on a 2,000 calorie diet. * Daily Value not established


Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?

  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain

* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnos, mencegah ataupun merawat sebarang penyakit.

Utamakan kesihatan diri anda!!
Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan HARGA ISTIMEWA!!! Konsultasi mengenai tips dan jadual pengambilan vitamin adalah PERCUMA.. Dan juga FREE GIFT!!



I'm Your SID (Shaklee Independent Distributor) ID 953036 
Nooremmy Zuraidah Saari (Emmy)
SMS/Whatsapp : 019-6977271
Email : nooremmyzuraidah@yahoo.com / nooremmy.zuraidah@gmail.com

Ridzuwan (Wan)
SMS : 013-6977721 / 019-3776721
Email : mohdridzuwanruslee@yahoo.com












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...