Wednesday 29 October 2014

Lebihan Lemak.. Hidup jadi stress

Assalammualaikum ibu-ibu semua:)

Ada tak ibu-ibu disini yang INGIN menjadi seperti ANAK DARA selepas bersalin?

Perkara biasa bila pakai baju mesti ada lemak2 yang terkeluar macam ini? Berat dah turun.. baju pun dah lawa.. tapi spoil betul bila ada lebihan-lebihan mcm SPARE TYRE ini.

Nak tahu macam mana caranya nak bina semula otot badan ibu-ibu?

Mudah dan pantas

Komen PM saya atau nak feedback secara pantas dari saya.

Jom sembang-sembang
Emmy
019-6977271


Kelas Online

Kisah 27 Oktober (Isnin).. Orang kata kalau nak jadi orang yang berjaya kena menuntut ilmu..

Tada ~~~ Penuh tak jadual saya? 

*********************************************************************************

JADUAL PENUH!

Amboi sepanjang minggu ini penuh dan padat aktiviti dari pukul 9 - 11 malam.. Gara-gara kelas online..

Suami dan baby semua depan mata jer.. Sambil-sambil buat kerja rumah pun boleh lagi mencari ilmu..Best kan..

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
 
Pen papermate kaler biru harus menjadi teman sebab dakwatnya bertahan sehingga ke berjuta-juta patah perkataan..hehehe..

Malam ni tajuk kelas online " Pemakanan semasa Hamil"..

Ok..Da lambat.. Masuk kelas dulu ya;)

Saya SID yang BERILMU★☆


Cerita Malam Tadi (online class)

MEMECAH dan MENCAIRKAN LEMAK!
**** Fungsi Utama LECITHIN****

Tapi banyak lagi sebenarnya fungsi LECITHIN ini.. Sebab tu kena rajin-rajin masuk kelas.. Jangan malas-malas.. Barulah berilmu.. Habis kelas tulis dalam buku.. Pen jenama Papermate jangan dilupakan..

I LOVEEEE LECITHIN

EMMY your Trusted & knowledgeable SID:)



Wednesday 22 October 2014

Pengedar Shaklee Di Kawasan Ampang

Jika anda tercari-cari pengedar Shaklee di kawasan sekitar AMPANG, Kami dari team 'KEDAI VITAMIN NAYLI AMPANG' adalah orangnya. Apa BEZA kami dengan pengedar-pengedar yang lain?
  • Jika anda mahukan sebarang produk Shaklee yang "READY STOCK", insyaallah kami ada. 
  • Kami akan memberi servis konsultasi yang terbaik.
  • Jika anda mahukan produk Shaklee sepantas kilat (Ini yang Cash on Delivery ye), nampak tak abang kacak berkaca mata hitam itu, namanya Ridzuwan atau nama glamer Don. Dialah rider kami. Namakan rider, motor yang ditunggang nak kata besar tidaklah besar, nak kata kecik pun tidaklah kecik. Kalau area Ampang nak dalam 20minit, Insyaallah Abang kacak ini boleh kasi adjust punya.. Tapi dengan penuh berhemah ye.. Laju membahayakan nyawa.
  • Naik motor bole ke bawa barang banyak? Kalau setakat beli ESP 3 tong, Mealshake 2 Tong., motor kami ada box. Walaupun hujan, barang anda tetap selamat. Terbaik bukan?
  • Anda akan dapat sesuatu yang istimewa secara PERCUMA. Dengan setiap pembelian tidak kisah berapa nilai produk tersebut, anda layak mendapat KAWAN/TEMAN iaitu KAMI secara PERCUMA.. Best bukan? Jika anda beli dengan kami, kita akan menjadi teman tanpa anda perlu bersusah-payah mencari.
  • Di Kedai Vitamin Nayli, kami akan memberikan panduan dan cara makan yang betul kepada anda. Kerana kami mahukan pelaburan anda berbaloi dan anda mendapat SHAKLEE EFFECT. 
  • Hendak berbisnes tetapi modal kecil, SHAKLEE adalah pilihan yang tepat. Jika anda menjadi ahli dibawah empayar kami (M.E.T - My Extravaganza Team), anda akan di bantu oleh kami dan disokong oleh empayar-empayar Shaklee yang telah maju. Apa nak takut. Nak dengan tak nak jer.  


 Inilah Kami. Yang manis bertudung biru itu Emmy. Kacak berkaca mata hitam itu Don. Muka  yang macam malas nak layan dengan bunga besar di kepala itula kekasih kami, Nayli. Kalau ternampak kami di kawasan sekitar Ampang, tegur-tegur la kami ye. Kami ni bukan makan orang pun.

Tuesday 21 October 2014

Maltodextrin Dalam Mealshake

Mealshake ini "Junk Food"? 

Ya, Mealshake ini memang makanan segera bagi kanak-kanak tetapi ia adalah makanan yang mudah diserap oleh badan. Tanpa pengawet. Tanpa Pewarna. Semulajadi


Mealshake bukanlah pengganti makanan. Beri anak anda makan seperti biasa. Makan nasi, sayur-sayuran, buah-buahan. Macam nayli masih lagi diberi homemade food, cumanya saya hanya letak kan sedikit sahaja mealshake didalam makanan hariannya. 


Dari anda semua melabur membeli pelbagai "junk food" atau nama melayu nya jajan, cikedis lebih baik laburkan duit kepada makanan yang dijamin selamat. Untuk anak mesti anda hendak yang terbaik bukan? 


Dalam kita memilih yang terbaik untuk anak kita, mesti ibu-ibu akan meng 'Google' segala info tentang Mealshake ini bukan? Memang sifat ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak mereka. 


Jika anda search isu-isu Mealshake ini, ada beberapa info yang akan keluar. Antaranya MALTODEXTRIN (bunyinya dah macam bahan kimia je kan), GULA, Sesuai ke untuk kanak-kanak?



KANDUNGAN MEALSHAKE

Kandungan utama Mealshake ini merupakan multivitamin lengkap dengan asid amino serta nutrisi yang mudah diserap oleh tubuh. Ianya boleh dinikmati oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun dan ke atas mengikut dos yang ditetapkan iaitu 1 sudu teh sehari. Untuk remaja dan orang dewasa, nikmati Mealshake anda 1/4 cup untuk memenuhi keperluan harian 1/3 vitamin dan mineral, protin dan 3g serat.

Sumber Mealshake adalah buah, sayuran, soya, lactalbumin (sejenis susu) & lain-lain. Lactalbumin adalah bahan terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti & mudah diserap oleh tubuh dari setiap peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Lactalbumin biasanya mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

#1 MALTODEXTRIN DALAM MEALSHAKE


Mealshake bahaya kerana mengandungi Maltodextrin. Sebelum itu mari kita tengok apa itu maltodextrin dan apa fungsinya.

Maltodextrin merupakan bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai pemekat/thickener atau ‘filler’. Bahan tambahan Maltodextrin itu sendiri adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang bahaya seperti digembar-gemburkan. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan  ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik yang tinggi, Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Cara supaya ia tidak bertukar lemak, ambillah makanan yg mengandungi maltodextrin selepas bersenam kerana ketika itu badan memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan cepat.

Baca di sini http://www.fitsugar.com/What-Maltodextrin-293287 untuk keterangan lebih lanjut. 


#2 FRUKTOS DALAM MEALSHAKE

Sebahagian gula dalam Mealshake ini adalah fruktos. Fruktos ini adalah karbohidrat semulajadi dari buah dan sayur. Dalam Mealshake sumber fruktos adalah jagung. Fruktos boleh sebabkan kanser? Sebenarnya pakar nutrisi Shaklee sendiri tidak percaya fruktos boleh membawa kanser kerana buktinya masih lemah dan tidak jelas

#3 KANDUNGAN GULA DALAM MEALSHAKE 


Mealshake bahaya kerana kandungan gula tinggi.

Jika kita lihat pada label setiap tin Mealshake, dinyatakan bagi setiap 100g mealshake, mengandungi 47.1g gula dan dikatakan ianya tinggi untuk kanak-kanak. Bila kita lihat balik, cadangan pengambilan adalah 34g(1/4 cup) sahaja yang mana kadar gulanya adalah 16g. 

Tahukah anda bahawa sukatan yang dicadangkan untuk kanak-kanak hanyalah 1 sudu kecil atau kurang?

Ianya sama juga seperti ubat-ubatan. Dos untuk kanak-kanak juga amat rendah bersesuaian dengan daya tahan mereka.

Dimanakah bahayanya Mealshake ini untuk kanak-kanak? Atau adakah anda tidak mengikut panduan yang betul?


Sempena Bulan October ini, Promo Mealshake Buy 3 FREE 1. Pelaburan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. 

Wednesday 15 October 2014

Tip Awet Muda Dengan Cara Minum Air

Sarah Smith adalah seorang yang mempunyai masalah penghadaman dan menderita sakit kepala dan atas saranan pakar neurologi, beliau telah membuat satu eksperimen MINUM 3 LITER AIR SEHARI untuk mengatasi masalah beliau. Tatapi, Sarah terkejut dengan KESAN POSITIF YANG LAIN yang beliau dapat.


Apa yang beliau lakukan? Bagaimana caranya? Jom ikuti langkah-langkah ini:

Minggu Pertama

Tips supaya anda tidak bosan minum air sebanyak 3 liter sehari adalah membahagi-bahagikan air kepada 3 pecahan iaitu diambil pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda akan merasa perbezaan dalam proses pembuangan air kecil kerana ia akan bertambah daripada normal (3 kali sehari) kepada 5-6 kali sehari.
Wajah pula akan mula keluar jerawat dan itu mungkin toksin yang telah keluar dari dalam wajah anda. Air kencing pula akan mula bertukar kepada lebih cair dan tidak berwarna kuning gelap. Minum banyak air juga membantu melancarkan pergerakan badan anda terutamanya di bahagian sendi.
Minggu Kedua

Anda akan melihat perbezaan ketara pada kulit wajah anda dimana strukturnya bertambah baik dan tona kulit sekata. Selain itu juga kedutana di bawah mata perlahan-lahan akan hilang. Bau mulut akan berkurangan dan lidah tidak kotor/putih seperti sebelum anda amalkan minum air kosong ini.
Oleh kerana anda mengambil air kosong dengan banyak, maka selera makan anda pasti berkurangan kerana perut telah diisi, akan tetapi anda mempunyai masalah kerana akan tetap membuan air kecil dengan kerap. (Sila bertahan dan rajin-rajin lah pergi ke toilet ye. Jangan tahan tau)

Minggu Ketiga

Lingkaran gelap dan kedutan di bawah mata telah hampir hilang dan kulit kelihatan lebih anjal, berseri dan lebih subur. Ini adalah kerana air membantu sel kulit wajah menjana semula dengan lebih cekap. Struktur kulit bertambah baik dan nada kulit lebih sekata dari sebelumnya. 
Otak kita 73% daripadanya adalah air, jadi Dehidrasi boleh mengurangkan keupayaan kita untuk menumpukan perhatian serta prestasi kognitif kita.
Selain itu juga, minum air dengan banyak boleh membuatkan kita lebih tumpu dan fokus dalam pekerjaan kita.
Minggu Keempat

Jangan terkejut jika wajah anda akan nampak 10 tahun LEBIH MUDA dari usia anda. Perbezaan dapat dilihat dari setiap minggu dan pastinya lebih baik dari minggu yang pertama. Dan mungkin juga Pinggang ada akan kehilangan beberapa inci! (Anda perlu mengambil gambar sebelum mengamalkan petua ini untuk melihat perubahan anda). Pastikan pengambilan makanan juga baik dan tidak terlalu berminyak kerana ini mungkin melambatkan proses perubahan kulit wajah anda. lakukannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Selamat Mencuba:)

Kalau hendak motivasi kan diri anda. Gunalah botol air jenama Tupperware yang besar ni. Dijamin selamat. Pilih warna kesukaan anda untuk beri anda semangat minum air 3 litre sehari. Ataupun pilih botol air mengikut design, corak kesukaan anda, pasti anda akan teruja.

Selamat Mencuba:)

Ikuti kisah beliau di SINI

Shaklee Halal atau Tidak

" Shaklee ni Halal ke?" 

" Kenapa tak ada LOGO HALAL?" 


Sebelum kita membuat sebarang andaian, lebih baik kita siasat dulu kan. Gambar di atas ada;ah Sijil Halal Shaklee untuk tahun 2014. Siapa yang keluarkan Sijil Halal ini?

Sijil Halal ini dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA)
ISA adalah salah satu badan yang di iktiraf oleh JAKIM. Sila klik direct link ini : 

Sebagai pengguna anda berhak tahu kebenaran. Jangan ragu-ragu lagi. Kalau tidak tak kan Emmy pun makan dan jual produk Shaklee kan.

Shaklee HALAL, SELAMAT & SEMULAJADI.

Monday 13 October 2014

Healing Crisis Selepas Pengambilan Shaklee


HEALING CRISIS 

Bagi mereka yang pertama kali makan supplement, healing crisis kemungkinan akan berlaku pada diri anda. Saya juga dulu pun begitu. Ia menandakan badan anda bertindak balas balas dengan supplement tersebut. Jangan risau, bila terdapat tanda-tanda seperti di bawah ini, apa yang anda perlu lakukan adalah teruskan pengambilan supplement tersebut. Ini adalah sebahagian dari tanda-tanda Healing Crisis yang mungkin anda akan alami :


Healing Crisis #1: Sakit Kepala
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin

 

Healing Crisis #2: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar



Healing Crisis #3: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Meransang fungsi imunisasi badan


Healing Crisis #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah


Healing Crisis #5: Selesema & Kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin


Healing Crisis #6: Ruam, Kulit Gatal
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat



Healing Crisis #7: Hidung Berdarah
Penyebab/Petanda: Mungkin Tanda kekurangan darah



Healing Crisis #8: Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan


Healing Crisis #9: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.



Helaing Crisis #10: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon


Healing Crisis #11: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat


Healing Crisis #12: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)


Healing Crisis #13: Tidur yang Bermasalah (Insomnia)
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah



Healing Crisis #14: Loya
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati


Healing Crisis #15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang


☆ Nota :
Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari kekurangan air. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima.
















Thursday 9 October 2014

Soya bahaya! Jangan minum ESP Shaklee

Benarkah soya itu bahaya? Sehingga boleh mendatangkan pelbagai penyakit? Jika anda khuatir, sila kenali makanan anda dahulu. Dan jika anda masih lagi ragu-ragu, Jom kita kenali apakah ciri-ciri soya yang bagus;)

Perkara pertama dan yang paling penting adalah kita mengambil kira dari asas nya. Iaitu minuman ataupun makanan yang berasaskan soya itu adalah GMO ataupun NON-GMO. Apakah perbezaan antara kedua ini? Yang manakah lagi bagus?

PERBEZAAN ANTARA GMO DAN NON-GMO

GMO adalah Genetically Modified Organisms, yang bermaksud organisma yang telah diubahsuai dari peringkat genetik. Sama ada 'genetically engineered', 'genetically altered' atau 'genetically manipulated. Makanya soya GMO adalah soya yang sudah diubah genetiknya, yang boleh membuatkan soya tadi tahan pada serangan serangga perosak atau racun. Juga lebih pantas tumbuh dan dituai. Kos penghasilan lebih murah. TETAPI BAHAYA!

Manakala soya Non GMO adalah soya yang asli. Tiada pengubahsuaian. Terhasil dari benih soya asli, sehinggalah menghasilkan kacang soya. Ianya 100% selamat. 

APAKAH CIRI-CIRI DALAM PEMILIHAN PRODUK YANG BERASASKAN SOYA

1) Adakah soya tersebut ditanam Secara Organik?
Pastikan soya adalah dari sumber organik. Jika tidak organik, soya jenis ini bahaya. Ianya menggunakan baja kimia dan racun serangga. Mengandungi khasiat yang rendah, dah lebih merbahaya ianya tinggi nitrat. Nitrat yang tinggi membawa kepada risiko KANSER yang lebih tinggi.

2) Adakah soya tersebut cukup 9 Asid Amino?
Ini adalah ciri terpenting, soya yang selamat mengandungi asid amino lengkap. Dan untuk pengetahuan anda tubuh badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino. Kekurangan asid amino akan menyebabkan fungsi tubuh terganggu. 

3) Menjalani Proses Genetik?
Disebabkan kos penghasilannya murah, ia juga memberi risiko kepada kesihatan kerana mengandungi TOKSIK.

4) Diproses Tanpa Haba?
Jika soya tersebut melelui proses menggunakan haba, maka nya kepanasan dari haba akan menyebabkan protein dalam soya HILANG! Jadi apalah fungsinya kita makan soya, kalau sudah tiada proteinnya.


5) Diproses Tanpa Hilang Fungsi Anti-Tiriod dan Anti-Pertumbuhan?
Jika soya telah diproses hingga hilang kedua-dua fungsi ini, akan menyebabkan sistem dalam tubuh badan terganggu. Seperti sistem reproduksi. Dan bahaya soya ini juga meningkatkan risiko kanser.

6) Soya Diproses Guna Air atau Alkohol?
Kacang soya yang diproses dengan alkohol akan mengurangkan 88% Isoflavone di dalam soya terhakis. Isoflavone adalah komponen yang mengurangkan risiko terkena kanser. Dan juga penting untuk tindakan hormon dan juga jisim tulang. Jika 88% telah hilang, maknanya apa yang kita makan adalah hampas soya sahaja.

7) Tambahan Kalsium?
Soya yang telah diproses (dibuang minyaknya) akan menyebabkan soya jadi berasid. Kalsium perlu ditambahkan untuk neutralkan semula soya. Soya berasid adalah bahaya untuk kesihatan.

Ini adalah langkah-langkah yang perlu diambil jika anda mahu membeli produk yang berasaskan soya. Ya, memang ramai yang di luar sana sangat suka akan minuman soya. Tetapi adakah anda memilih hanya yang terbaik untuk diri anda dan juga keluarga anda? 

APAKAH CIRI-CIRI SOYA YANG BAGUS 

Soya yang bagus mestilah :
  • Ditanam secara organik
  • Soya Non GMO
  • Lengkap dengan asid amino penting
  • Diproses tanpa haba
  • Masih ada fungsi anti-tiriod dan anti-pertumbuhan
  • Diproses menggunakan air
  • Dan soya telah ditambah formula calcium
Bertukarlah kepada ESP SHAKLEE kerana kesemua ciri-ciri soya yang bagus ada di dalam setiap 1 Tong ESP.


Siapa kata soya itu BAHAYA? Ia tidak akan BAHAYA jika kita sebagai pengguna bijak dalam membuat pilihan. Pilihan yang tepat menjamin kesihatan. ESP SHAKLEE adalah PRODUK 100% SEMULAJADI.

BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK DEMI KESIHATAN ANDA & JUGA KELUARGA ANDA

Wednesday 8 October 2014

Santai di Taman Tasik Ampang Hilir

Dah lama plan nak pergi Tasik ni, tapi asyik tertangguh je. So ahad malam, kami dah plan, esoknya kena juga bawak Nayli pergi Tasik di awal-awal pagi. Bagi feel hirup udara segar malaysia ni.. Pakaian memang kena la sesuai ye kalau nk pergi ke Tasik ni. Tapi, Emmy tidak digalakkan  untuk berlari. Sebab Emmy bersalin secara pembedahan, so nak buat lasak-lasak sangat belum berani. Papa Nayli yang jogging. Mama Nayli jalan dalam keadaan laju sambil tolak stroller Nayli. Nayli pula, mulut tersangat lah seronok bila dapat keluar ke Tasik. Memang ini pertama kali bawa Nayli pergi Tasik.

Kata nak sihat kan? Siapa sokong sihat dengan jaga pemakanan dan senaman? angkat tangan. Kami sokong cara hidup yang sihat.




JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT! 


Cara nak letak gambar di blog melalui iPad

Excited! Hehehe.. Kesian sungguh la Emmy ni kan.. Agaknya orang lain dah lama tahu kot.. Bukan apa, sebelum ni Emmy tak pernah berblogging ni, so tak ada la kisah sangat kan.. Dulu punya la susah bila nak update blog sebab tak tahu mcam mana nak attach file.. Kesian kan..

Tapi sekarang.. Tidak lagi..

Dah bertahun guna iPad, sekarang baru tahu.. Sekarang masalah sudah dapat diselesaikan;)

Sekarang sudah tiada masalah nak letak gambar ;)Bagi yang tidak tahu macam saya ni, caranya mudah sahaja. Gunakan iPad anda,download application Google+ (seperti dalam gambar dibawah) melalui App Store. Bila dah download application Google+, sila klick di application itu.



Setiap gambar yang diambil akan automatik tersimpan dalam Google+. Bila nak buat entry baru, klik compose, kemudian akan keluar icon gambar dan akan keluar senarai gambar dari file anda. Pilih dan masukkan dalam entry anda. Dan SIAP!

Korang boleh faham tak? Kalau tak dapat tangkap, nanti kita belajar lain ye. Ok Bye!

Selamat meneroka bersama Google+ :) 

Monday 6 October 2014

GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS

Jom sertai giveaway dari Acik ini, macam best jer. Tarikh tutup lama tu. Sampai 30 SEPTEMBER 2015.

http://acikwatie.blogspot.com/2014/10/giveaway-birthday-you-alls.html

Tarikh Lahir : 2 Disember

Saturday 4 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha


Hari ini, santai-santai sambil menikmati juadah raya.. Selamat menjamu mata dan perut ye.






Semoga Allah SWT permudahkan segalanya

Cerita hari jumaat 3 Oktober 2014. Nayli dah masuk 9 bulan dan masih lagi menyusu badan. Dalam 9 bulan ini, banyak dugaan yang terpaksa dilalui. Tapi, demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu, Allah SWT permudahkan segalanya bagi saya dan nayli.. Moga dapat teruskan perjuangan menyusukan Nayli sehingga Nayli berusia 2 tahun..Doakan kami ye.

Apa persiapan mummy semua? Macam mana pula dengan pemakanan mummy? Apa yang mummy semua amalkan? Jom kita berkongsi. Moga-moga ilmu yang kita dapat bermanfaat untuk semua



Wednesday 1 October 2014

Tip merapatkan hubungan suami isteri dengan ESP SHAKLEE

Tajuk macam gempak tak?

Emmy ada beritahu yang ESP merapatkan hubungan suami isteri kan. Lihat sini. Tapi macam mana ye? Malam tadi kawan emmy baca pun dah rasa excited nak tahu. Mana tidak nya, bab merapatkan hubungan ini, semua pun pasti akan teruja. Betul tak? 

Kenapa ESP sangat penting untuk emmy?

SEBAB NYA....

Jeng.. Jeng.. Jeng...

Setiap pagi memang suami emmy akan buatkan minuman ESP+MEALSHAKE ni untuk emmy. Yela, kita pagi-pagi kelam kabut anak dah jaga, mana nak kemas lagi. So, tugas buat breakfast diambil oleh suami. Hehehe.. Itu sahaja. Nak juga rasa air tangan suami kan. Bukan senang nak dapat. Lagipun ini sahaja cara untuk buat breakfast yang mudah bagi insan bergelar suami.

Kenapa merapatkan hubungan? Bila ESP dah bercampur dengan MEALSHAKE tu, umpama hubungan suami isteri. masing-masing saling memerlukan. Bila kedua-dua bahan tadi telah bercampur, dan bila suami hendak mengadun bahan-bahan tersebut menjadi sebati, suami akan "shake..shake" shaker tersebut. 

Daya goncangan shaker itu kita boleh tahu dia sayang kita ataupun tidak.. Kalau laju dan kuat jer dia goncang, itu tandanya macam tak rela. Tapi kalau perlahan dan goncangan itu laju, campuran tadi menjadi sangat sebati, itu maknanya dia sayangggg sangat dekat kita. Ini teori Emmy ye:)

Tak percaya? Nanti boleh cuba ye. Try suruh suami masing-masing buatkan untuk anda. Ini kalau disuruh pun tidak mahu, faham-faham jela ye:)

So, itulah kisahnya macam mana ESP merapatkan hubungan emmy bersama suami. Tiada 18sx di sini ye. Hehehe. Sebab zaman sekarang masing-masing pun sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya. Boleh jadikan waktu pagi ini sebagai satu cara untuk kita saling sayang menyayangi antara satu sama lain dengan cara ini.

Semoga bermanfaat untuk anda semua:)


Inilah hasilnya. Oh ya, suami tahu kegemaran emmy ESP + MEALSHAKE + MILO. Yummy. Lemak-lemak gitu.


Promo October 2014 -ESP MENGGANAS!

Ya Allah.. Sebenarnya semalam lagi 'mak' Shaklee Emmy ada cakap, harap nya promo October ni ESP.. Memang masin tau mulut mak ni.. Bangun pagi-pagi tengok hp, dah sah ESP PROMO OCTOBER 2014..

Sebabkan ESP inilah Emmy kenal Shaklee.. Kesan pengambilan untuk Emmy semenjak minum ESP ni, boleh lihat di sini.. Memang untuk yang siapa ingin mencuba produk Shaklee, Wajib cuba ESP ni dulu.. Dan rasai perbezaannya.. Selagi kita tidak mencuba, kita sendiri tidak akan tahu kesannya.. Tak kenal maka tak cinta.. Betul tak?..

Dan ESP ni jugalah, yang merapatkan hubungan Emmy dan suami.. Hehehe.. Nak tahu macam mana?  Tggu entry seterusnya..

OH Ya! Bila time promosi apa yang best kan..

>> FREE 1 CANISTER ESP WORTH RM150
>> FREE LIFETIME MEMBERSHIP WORTH RM65
>> CASHBACK RMxx

SELAMAT BERMIMPI ESP;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...