Tuesday, 21 October 2014

Maltodextrin Dalam Mealshake

Mealshake ini "Junk Food"? 

Ya, Mealshake ini memang makanan segera bagi kanak-kanak tetapi ia adalah makanan yang mudah diserap oleh badan. Tanpa pengawet. Tanpa Pewarna. Semulajadi


Mealshake bukanlah pengganti makanan. Beri anak anda makan seperti biasa. Makan nasi, sayur-sayuran, buah-buahan. Macam nayli masih lagi diberi homemade food, cumanya saya hanya letak kan sedikit sahaja mealshake didalam makanan hariannya. 


Dari anda semua melabur membeli pelbagai "junk food" atau nama melayu nya jajan, cikedis lebih baik laburkan duit kepada makanan yang dijamin selamat. Untuk anak mesti anda hendak yang terbaik bukan? 


Dalam kita memilih yang terbaik untuk anak kita, mesti ibu-ibu akan meng 'Google' segala info tentang Mealshake ini bukan? Memang sifat ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak mereka. 


Jika anda search isu-isu Mealshake ini, ada beberapa info yang akan keluar. Antaranya MALTODEXTRIN (bunyinya dah macam bahan kimia je kan), GULA, Sesuai ke untuk kanak-kanak?



KANDUNGAN MEALSHAKE

Kandungan utama Mealshake ini merupakan multivitamin lengkap dengan asid amino serta nutrisi yang mudah diserap oleh tubuh. Ianya boleh dinikmati oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun dan ke atas mengikut dos yang ditetapkan iaitu 1 sudu teh sehari. Untuk remaja dan orang dewasa, nikmati Mealshake anda 1/4 cup untuk memenuhi keperluan harian 1/3 vitamin dan mineral, protin dan 3g serat.

Sumber Mealshake adalah buah, sayuran, soya, lactalbumin (sejenis susu) & lain-lain. Lactalbumin adalah bahan terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti & mudah diserap oleh tubuh dari setiap peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Lactalbumin biasanya mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

#1 MALTODEXTRIN DALAM MEALSHAKE


Mealshake bahaya kerana mengandungi Maltodextrin. Sebelum itu mari kita tengok apa itu maltodextrin dan apa fungsinya.

Maltodextrin merupakan bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai pemekat/thickener atau ‘filler’. Bahan tambahan Maltodextrin itu sendiri adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang bahaya seperti digembar-gemburkan. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan  ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik yang tinggi, Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Cara supaya ia tidak bertukar lemak, ambillah makanan yg mengandungi maltodextrin selepas bersenam kerana ketika itu badan memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan cepat.

Baca di sini http://www.fitsugar.com/What-Maltodextrin-293287 untuk keterangan lebih lanjut. 


#2 FRUKTOS DALAM MEALSHAKE

Sebahagian gula dalam Mealshake ini adalah fruktos. Fruktos ini adalah karbohidrat semulajadi dari buah dan sayur. Dalam Mealshake sumber fruktos adalah jagung. Fruktos boleh sebabkan kanser? Sebenarnya pakar nutrisi Shaklee sendiri tidak percaya fruktos boleh membawa kanser kerana buktinya masih lemah dan tidak jelas

#3 KANDUNGAN GULA DALAM MEALSHAKE 


Mealshake bahaya kerana kandungan gula tinggi.

Jika kita lihat pada label setiap tin Mealshake, dinyatakan bagi setiap 100g mealshake, mengandungi 47.1g gula dan dikatakan ianya tinggi untuk kanak-kanak. Bila kita lihat balik, cadangan pengambilan adalah 34g(1/4 cup) sahaja yang mana kadar gulanya adalah 16g. 

Tahukah anda bahawa sukatan yang dicadangkan untuk kanak-kanak hanyalah 1 sudu kecil atau kurang?

Ianya sama juga seperti ubat-ubatan. Dos untuk kanak-kanak juga amat rendah bersesuaian dengan daya tahan mereka.

Dimanakah bahayanya Mealshake ini untuk kanak-kanak? Atau adakah anda tidak mengikut panduan yang betul?


Sempena Bulan October ini, Promo Mealshake Buy 3 FREE 1. Pelaburan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. 

2 comments:

  1. best info.. tq yer..
    http://duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome.. sama-sama kita kongsi ilmu :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...