Saturday 23 November 2013

Cinch Shake Mix Shaklee

 

Apa Itu Cinch Shake Mix ?

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee

[✔] Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak
[✔] Membakar lemak yang tidak diingini
[✔] Mengurangkan inci yang tidak diingini
[✔] Makanan segera untuk mereka yang aktif
[✔] Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang
[✔] Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan
[✔] Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot
[✔] Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan



* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnos, mencegah ataupun merawat sebarang penyakit.

Utamakan kesihatan diri anda!!
Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan HARGA ISTIMEWA!!! Konsultasi mengenai tips dan jadual pengambilan vitamin adalah PERCUMA.. Dan juga FREE GIFT!!



I'm Your SID (Shaklee Independent Distributor) ID 953036 
Nooremmy Zuraidah Saari (Emmy)
SMS/Whatsapp : 019-6977271
Email : nooremmyzuraidah@yahoo.com / nooremmy.zuraidah@gmail.com

Ridzuwan (Wan)
SMS : 013-6977721 / 019-3776721
Email : mohdridzuwanruslee@yahoo.com


Psoriasis : Artikel

PSORIASIS

Penyakit psoriasis ini telah pun dibincangkan serba sedikit menerusi kolum yang sama tidak berapa lama dulu. Sebelum menjawab soalan pertama dan kedua, eloklah diterangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan penyakit ini.

Sistem imun
Dalam sistem imun seseorang yang normal, sel-sel darah putih dalam badan menghasilkan antibodi yang digunakan untuk melawan kuman-kuman seperti bakteria dan virus.
Selain itu, sel-sel darah putih juga menghasilkan bahan-bahan kimia sitokines yang dapat membantu badan kita melawan kuman-kuman tadi serta terlibat dalam proses pemulihan tisu.

Namun demikian, dalam badan seseorang yang menghidap psoriasis, sel-sel darah putihnya menghasilkan antibodi-antibodi serta sitokines yang merosakkan kulit dan sendinya sendiri.
Penyakit sebegini digelar penyakit autoimun dan terdapat banyak lagi penyakit yang dapat diklasifikasikan sebagai penyakit autoimun seperti artritis reumatoid, eritematosus lupus sistemik atau lebih popular dengan singkatannya, SLE.

Antara sitokines yang kerap dijumpai pada kulit serta sendi seseorang yang ada psoriasis termasuklah Interleukin 2, interferon gamma, TNF-alpha dan sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa sitokines berkenaan terlibat dalam kerosakan tisu.

Ini bermakna, jika ada ubat yang boleh menunjukkan kesan yang berlawanan dengan sitokines tadi, kemungkinan besar kerosakan tisu bukan sahaja dapat diberhentikan, bahkan juga dihindari.

Antara rawatan yang mana kajian telah menunjukkan keberkesanannya adalah agen-agen anti-TNF alpha iaitu agen yang berlawan dengan kesan TNF-alpha seperti etanercept dan infliximab.

Etanercept telah pun diluluskan di sesetengah negara untuk digunakan dalam merawat psoriasis manakala Infliximab pula digunakan dalam kes-kes psoriasis yang melibatkan sendi dan sedang dalam kajian untuk rawatan psoriasis kulit.
Kajian turut dijalankan untuk sitokines-sitokines lain.

Faktor genetik
Para penyelidik mendapati, terdapat sekurang-kurangnya empat gen yang terlibat dalam kejadian psoriasis. Gen-gen ini mengawal atur sistem antigen sel darah putih manusia (Human leucocyte antigen-HLA).
Sistem HLA ini digunakan agar bendasing dalam darah kita dapat dimusnahkan melalui sistem imun tetapi dalam pesakit psoriasis, sistem HLA ini didapati tidak berfungsi secara betul.

Pesakit yang mempunyai psoriasis didapati mempunyai HLA-B27, HLA-Cw6, HLA-DR7 dan sebagainya. Namun demikian, hanya 10 peratus individu yang mempunyai gen-gen ini, yang akan mendapat psoriasis. 

Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan penyakit ini bertambah teruk. Antaranya:

* Cuaca; cuaca yang sejuk atau kering mudah menyebabkan psoriasis tercetus manakala cuaca yang panas dan lembap menyebabkan simptom pesakit menjadi lebih baik. 

* Tekanan/stres, kemarahan yang dipendam, depresi/kemurungan serta kebimbangan/gemuruh juga boleh menyebabkan psoriasis memarak.

* Jangkitan kuman; Psoriasis boleh menjadi meluap- luap disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria atau virus. Antara kuman-kuman yang boleh menyebabkan flare-up ini adalah seperti kuman bakteria Streptokokus dan human-immunodeficincy virus (HIV). 

* Kecederaan kepada kulit; Kecederaan yang sedikit pun boleh mencetuskan flare-up psoriasis. Pemerhatian ini mungkin dapat menjelaskan kenapa psoriasis selalu melibatkan bahagian siku dan lutut. 

* Ubat-ubat berikut mungkin boleh menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk atau menyebabkan flare-up; Chloroquine – perencat ACE seperti captopril – penghalang beta seperti atenolol – Progesterone – Lithium – Indomethacin.
 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday 14 November 2013

Psoriasis : Kenali dan Ketahui Cara Mengawalnya Melalui Supplemen Shaklee

Assalammualaikum...

Hari ni saya nk update cerita mengenai "Psoriasis".. Jujur saya katakan, saya first time dengar tentang penyakit ni.. Ia adalah sejenis penyakit kulit dan tiada ubat untuk menyembuhkannya.. Tetapi ada cara lain yang bole dilakukan iaitu dengan cara mengawalnya melalui ubatan ataupun krim dan melalui alternatif lain dengan cara pengambilan makanan tambahan..

Nabi telah bersabda :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas dapat fahami bahawa:
  • Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Penyakit yang menimpa makhluk Allah adalah disebabkan oleh wabak, bala, ataupun disebabkan oleh  kelemahan dan kelalaian manusia itu sendiri. Makanan dan minuman merupakan  keperluan manusia. Ia perlu mengambil hanya  yang halal, bersih dan suci tetapi tidak secara berlebihan kerana. Sikap berlebih-lebihan akan mendatangkan pelbagai mudharat (penyakit). Allah s.w.t mengigatkan apa yang terdapat dalam al-Quran dalam Surah al-A'raf ayat 31:
"Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan"
  • Mengubat penyakit adalah menjadi kewajiban sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Satu penyakit mungkin hanya mempunyai satu ubat tetapi berkemungkinan mempunyai puluhah ubat. Manusia dengan teknologi yang ada telah membuat kajian , penyelidikan serta penemuan. Oleh yang demikian kita selalu mendengar bidang-bidang perubatan seperti perubatan moden, Homeophati, Perubatan cina, Tradisional, Rawatan Islam dan berbagai-bagai lagi. Ada ubat yang memang ubat, ada ubat yang ada kesan sampingan, ada yang tidak ada kesan sampingan, ada makanan tambahan dan berbagai-bagai jenis yang berada dalam pasaran.
 Sumber : JAIS


Jom kita Kenali apa itu Psoriasis.....

Definasi


Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.




Tanda-tanda


Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang minima

Jenis-jenis psoriasis

  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Psoriasis bahagian lampin
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan
Faktor-faktor penyebab Psoriasis


Antara faktor yang merangsang penyakit kronik ini ialah cahaya matahari. Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan pendedahan cahaya matahari.


Selain itu, pengambilan ubat-ubatan seperti ‘beta blockers’ untuk rawatan penyakit darah tinggi dan sakit jantung, ’lithium’ untuk penyakit psikiatri serta ubat untuk perawatan malaria boleh merangsang kepada penyakit psoriasis.


Fenomena ‘koebner’ merupakan salah satu perangsang kepada penyakit kronik ini. Ianya merupakan suatu keadaan trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu, luka atau pembedahan akan menyebabkan Psoriasis tumbuh di tempat berkenaan.


Selain itu.jangkitan kuman seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria ‘Streptococcus’ juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’. 


Psoriasis terbentuk di mana-mana bahagian kulit samada dari kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku. Penyakit ini terjadi disebabkan ‘abnormality’ pada system imuniti atau lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih.


Pada peringkat awal, psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah. Tompok merah kemudiannya menebal dan mengeras. Lapisan keras berkenaan akan menjadi sel-sel mati berwarna perak.


Komplikasi


Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

  • Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.


Pelembab

  • Ia adalah penting untuk menjaga kulit yang terlibat lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
    • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap bila sisik agak banyak
    • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
    • Sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi

Ubatan dan krim

  • Doktor akan memberi ubatan seperti :
    • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
    • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
    • Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA

Peringatan!!


Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Jangan garu atau kikis sisik atau psoriasis kerana ia akan menjadi lebih teruk dan kulit menebal.

Info : myhealth

Nabi s.a.w bersabda:
"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan  untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
  • Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Mungkin sesuatu ubat itu tidak sesuai dengan seseorang walaupun ubat itu memang ubat yang khusus untuk penyakit tersebut. Sembuh bagi seseorang tetapi tidak sembuh untuk seseorang yang lain. Dengan makna yang lain ia disebut sebagai "Rasi".
  • Ubat bukan penyembuh. Ia hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja. Penyembuh yang hakiki adalah Allah azza wa jalla. Sesiapa yang menganggap atau mengi'tiqadkan bahawa ubat dapat memberikan kesan atau menyembuhkan penyakit, maka orang dianggap syirik kepada Allah s.w.t. Sebab itu hadis riwayat Jabir sebagaimana diatas, Nabi menegaskan dengan perkataan: "Dengan izin Allah".
 Sumber : JAIS


Bagaimana Shaklee dapat membantu pesakit psoriasis?

DALAMAN 


1)GLA Complex mengandungi minyak borage dari biji bunga matahari, vitamin e dan blackcurrant menjadikan kandungan GLA yang tinggi dalam tiap kapsul dan kaya dengan omega 6 yang yang membantu pembinaan prostaglandin yang menghasilkan hormon yang stabil. SHAKLEE GLA ini memang secara saintifiknya telah terbukti dapat membantu memperbaiki masalah eczema, psoriasis dan chronic inflammation.  Link ini click di sini menyatakan Dr Weil menyokong GLA membantu penyakit psoriasis. GLA turut membantu melegakan keradangan dan kegatalan pada kulit yang merupakan simptom-simptom biasa pesakit psoriasis.



2)Vitamin E shaklee yg mengandungi selenium dan minyak biji anggur adalah satu vitamin yang sgt bernilai dan istimewa. kenapa??? Vitamin e shaklee antioksidan yang kuat bagi mencegah dan melawan radikal bebas yg merosakkan sel. 



Selenium yg terkandung dalam vitamin e membantu badan dengan:

-Membuat protein khas, yang dipanggil enzim antioksidan, yang memainkan peranan dalam mencegah kerosakan sel. 

-Beberapa kajian perubatan menunjukkan bahawa selenium boleh membantu:

-Mencegah kanser tertentu

-Mencegah penyakit kardiovaskular

-Membantu melindungi tubuh daripada kesan-kesan beracun logam berat dan bahan-bahan berbahaya yang lain

3)Bcomplex Shaklee terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis.
4)Nutriferon Shaklee interferon semulajadi terbaik. Penting untuk meningkatkan immune system supaya badan lebih kuat tak tidak mudah diserang penyakit, Immune Booster
5)Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Omega 3 meningkatkan imunisasi badan dan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE, psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun. Dr Weil jugak turut menyokong Omega 3 dalam membantu mengawal psoriasis. 
6)Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.



LUARAN

HERBAL CREAM- memberikan kelembapan dan melembutkan kulit yang kasar

BASIC H - Memberikan dan mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi. Hanya campurkan 2-3 titis dalam air mandian.



* Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnos, mencegah ataupun merawat sebarang penyakit.

Utamakan kesihatan diri anda!!
Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan HARGA ISTIMEWA!!! Konsultasi mengenai tips dan jadual pengambilan vitamin adalah PERCUMA.. Dan juga FREE GIFT!!



I'm Your SID (Shaklee Independent Distributor) ID 953036 
Nooremmy Zuraidah Saari (Emmy)
SMS/Whatsapp : 019-6977271
Email : nooremmyzuraidah@yahoo.com / nooremmy.zuraidah@gmail.com

Ridzuwan (Wan)
SMS : 013-6977721 / 019-3776721
Email : mohdridzuwanruslee@yahoo.com

















Friday 1 November 2013

Kelebihan Susu Ibu

Susu manusia (Ibu) amat baik sekali untuk bayi yang baru lahir dibandingkan dengan susu binatang, sama ada yang segar atau yang telah di proses di dalam tin dan sebagainya. Susu manusia dijadikan Allah sesuai untuk anak manusia dan susu binatang sesuai untuk anak binatang. Oleh sebab itu hikmah Allah jadikan pembinaan susu bagi seseorang wanita ialah ketika lepas bersalin adalah persiapan untuk bayinya.

Jadi, tidak patut sekali seorang ibu mengeringkan susunya, kononnya jika memberi susu kepada anaknya menyebabkan payudara tidak cantik, kendur dan sebagainya. Hakikatnya dengan menyusu anak boleh lebih mencantikkan payudara seseorang wanita. 

Diantara kelebihan-kelebihan susu manusaia (ibu) ialah :

  • Susu manusia (ibu) sesuai untuk manusia, seimbang dan sterile atau terpelihara dan bebas daripada kuman atau hama.
  • Susu manusia kurang protein dan kasein di banding dengan susu lembu. Kasein (casein) ialah protein yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik tertentu (Kamus Dewan, ms 581). Susu manusia mudah dihadam kerana ia lembut dan cair, dibandingkan susu binatang pekat dan susah dihadamkan, khususnya bagi bayi.
  • Susu manusia lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzim menukarkan gula di dalam susu menjadi glukosa ( gula ringkas ) dan galaktosa ( gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa )  ( Kamus Dewan, ms 748)
Walaupun sekarang ini para saintis pemakanan mencipta "Susu Formula" yang dihasilkan daripada susu lembu, yang hampir sama menyamai susu manusia (Ibu), tetapi susu itu memerlukan perhatian yang teliti ketika ia dicampur dan disimpan bagi mengekalkan keadaan sterile (bersih daripada kuman) dan selamat untuk bayi.
  • Segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan lagi rangsangan kasih sayang kedua pihak, ibu dan bayi
  • Hisapan itu membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim.
Menurut Dr. Abdul Aziz Yahaya , Pakar Obstetrik dan Ginekologi , Fakulti Perubatan UKM KL dalam tulisannya dalam Berita Harian 10 Julai 1995, beliau menyenaraikan beberapa kelebihan dan keunikan susu ibu berbanding susu tepung : 
  1. Susu ibu mengandungi kandungan protein yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit.
  2. Najis bayi yang menerima susu ibu, akan menjadi asid dan ini menyebabkan tidak sesuai untuk pembiakan kuman di dalam sistem usus.
  3. Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya dari ibu. Ia berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
  4. Secara purata seseorang ibu mampu mengeluarkan 400-900 milimeter(ml) susu setiap hari. Daripada jumlah ini, ia mengandungi 0.80.9 peratus protein, 2.13.3 peratus lemak dan 6.9 hingga 7.2 peratus laktos. Kandungan garam seperti natium dan kalsium pula rendah.
  5. Bayi juga berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
Oleh itu, bagi ibu-ibu yang sedang menyusu digalakkan memakan makanan berkhasiat agar bayi yang disusuinya menerima pati makanan yang terbaik. Antaranya ialah iakn, telur, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.


Sumber : Penulisan Abu Muhamaad Nukman Muqrin ( Tips amalan ibu mengandung & pedoman melahirkan anak pintar )

Pentingnya Menyusu Anak Dalam Islam

Al-Quran menekankan pentingnya susu ibu, sepertimana Allah SWT telah berfirman :

Maksudnya : " Dan kami ilhamkan kepda ibu Musa ; 'Susukan ia ke dalam Sungai (Nil). Janganlah kamu khuatir dan jaganlah pula kamu bersedih hati kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) dari para Rasul ' "
(Al-Qasas ayat 7)

Ayat di atas menunjukkan bahawa, Allah SWT memang telah merancang jadual-Nya untuk menemukan Nabi Musa dengan ibunya untuk menikmati susu ibunya sendiri. Selama ibu menyusui anaknya, maka ia berada dalam kemuliaan yang penuh pesona. Kasih sayang dan perasaan keibuannya muncul bersama dan terbina dlam diri anaknya.

Pengaruh susu ibu terlalu penting terhadap peribadi anak-anak. Sebab itu Rasul melarang kita menyusukan anak kepada penzina atau wanita gila. Kerana semua ini akan mempengaruhi perkembangan peribadi dan jiwa anak-anak dan merosakkan kemurnian sifatnya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ; " Lindungilah anak-anakmu daripada susu wanita penzina dan wanita yang gila, kerana air susu mereka mempunyai penyakit. " (Maksud hadis)

Dalam hal ini, islam sangat mengambil berat dalam perawatan dan perlindungan. Kerana ia merupakan hak anak-anak yang patut ditunaikan oleh ibu bapa.


Sumber : Penulisan Abu Muhamaad Nukman Muqrin ( Tips amalan ibu mengandung & pedoman melahirkan anak pintar )

Penyusuan Anak

Assalammualaikum semua.. Ok, hari ni sy nak bg info mengenai penyusuan anak.. FYI, i'm one of mum to be.. First child.. Insyaallah in Jan 14.. So, info nie untuk sy juga.. jadinyer xsalah la kalau kita sama2 dapat manfaat kan.. Sharing is caring:)

Susu ibu amat penting bagi perkembangan fizikal dan mental anak-anak, kerana ia sebagai kunci hubungan di antara pemakanan dengan faktor kejiwaan, kesan hubungan rapat di antara ibu dengan anak. Kesan penyusuan, sama ade kandungan zat susu dan juga cara-cara dan adab-adab ketika menyusu pun menjadi faktor ke arah pembentukan peribadi anak-anak.

Oleh sebab itu terdapat perintah di dalam Al-Quran, Firman Allah SWT:

Maksudnya: " Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya....." "....... Apabila keduanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya."
(A-Baqarah ayat 233)


Daripada ayat ini, kita dapat mengambil kesimpulan seperti berikut:
  1. Tugas seorang ibu ialah menyusui anaknya, dan ia tidak boleh menolak hak anaknya sekiranya ia masih mampu menyusui anaknya.
  2. Masa menyusu bayi ialah dua tahun
  3. Penyusuan boleh diberhentikan ketika anaknya berumur dibawah dua tahun, dengan syarat mendapat persetujuan bersama (ibu bapa). Setelah menimbang baik buruknya. Kerana dalam ayat itu juga terdapat sambungannya bermaksud demikian; " Apabila keduanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya."
  4. Seorang suami harus memberi keselesaan pada isteri untuk meneruskan penyusuan anaknya.
  5. Apabila si ayah kepada anak tersebut meninggal dunia, maka tugas tersebut hendaklah di ambil alih oleh keluarga untuk meneruskan keperluan ibu agar penyusuan diteruskan.
  6. Seorang ibu yang masih mampu menyusui anaknya tidak dibenarkan mengupah orang lain untuk menyusukan anaknya. Apabila ia telah bercerai, maka suaminya wajib memberi keperluan pada isterinya agar penyusuan diteruskan. 

Sumber : Penulisan Abu Muhamaad Nukman Muqrin ( Tips amalan ibu mengandung & pedoman melahirkan anak pintar )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...