Al-Quran menekankan pentingnya susu ibu, sepertimana Allah SWT telah berfirman :
Maksudnya : " Dan kami ilhamkan kepda ibu Musa ; 'Susukan ia ke dalam Sungai (Nil). Janganlah kamu khuatir dan jaganlah pula kamu bersedih hati kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) dari para Rasul ' "
(Al-Qasas ayat 7)
Ayat di atas menunjukkan bahawa, Allah SWT memang telah merancang jadual-Nya untuk menemukan Nabi Musa dengan ibunya untuk menikmati susu ibunya sendiri. Selama ibu menyusui anaknya, maka ia berada dalam kemuliaan yang penuh pesona. Kasih sayang dan perasaan keibuannya muncul bersama dan terbina dlam diri anaknya.
Pengaruh susu ibu terlalu penting terhadap peribadi anak-anak. Sebab itu Rasul melarang kita menyusukan anak kepada penzina atau wanita gila. Kerana semua ini akan mempengaruhi perkembangan peribadi dan jiwa anak-anak dan merosakkan kemurnian sifatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ; " Lindungilah anak-anakmu daripada susu wanita penzina dan wanita yang gila, kerana air susu mereka mempunyai penyakit. " (Maksud hadis)
Dalam hal ini, islam sangat mengambil berat dalam perawatan dan perlindungan. Kerana ia merupakan hak anak-anak yang patut ditunaikan oleh ibu bapa.
Sumber : Penulisan Abu Muhamaad Nukman Muqrin ( Tips amalan ibu mengandung & pedoman melahirkan anak pintar )
Sumber : Penulisan Abu Muhamaad Nukman Muqrin ( Tips amalan ibu mengandung & pedoman melahirkan anak pintar )
No comments:
Post a Comment