Friday 1 November 2013

Kelebihan Susu Ibu

Susu manusia (Ibu) amat baik sekali untuk bayi yang baru lahir dibandingkan dengan susu binatang, sama ada yang segar atau yang telah di proses di dalam tin dan sebagainya. Susu manusia dijadikan Allah sesuai untuk anak manusia dan susu binatang sesuai untuk anak binatang. Oleh sebab itu hikmah Allah jadikan pembinaan susu bagi seseorang wanita ialah ketika lepas bersalin adalah persiapan untuk bayinya.

Jadi, tidak patut sekali seorang ibu mengeringkan susunya, kononnya jika memberi susu kepada anaknya menyebabkan payudara tidak cantik, kendur dan sebagainya. Hakikatnya dengan menyusu anak boleh lebih mencantikkan payudara seseorang wanita. 

Diantara kelebihan-kelebihan susu manusaia (ibu) ialah :

  • Susu manusia (ibu) sesuai untuk manusia, seimbang dan sterile atau terpelihara dan bebas daripada kuman atau hama.
  • Susu manusia kurang protein dan kasein di banding dengan susu lembu. Kasein (casein) ialah protein yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik tertentu (Kamus Dewan, ms 581). Susu manusia mudah dihadam kerana ia lembut dan cair, dibandingkan susu binatang pekat dan susah dihadamkan, khususnya bagi bayi.
  • Susu manusia lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzim menukarkan gula di dalam susu menjadi glukosa ( gula ringkas ) dan galaktosa ( gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa )  ( Kamus Dewan, ms 748)
Walaupun sekarang ini para saintis pemakanan mencipta "Susu Formula" yang dihasilkan daripada susu lembu, yang hampir sama menyamai susu manusia (Ibu), tetapi susu itu memerlukan perhatian yang teliti ketika ia dicampur dan disimpan bagi mengekalkan keadaan sterile (bersih daripada kuman) dan selamat untuk bayi.
  • Segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan lagi rangsangan kasih sayang kedua pihak, ibu dan bayi
  • Hisapan itu membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim.
Menurut Dr. Abdul Aziz Yahaya , Pakar Obstetrik dan Ginekologi , Fakulti Perubatan UKM KL dalam tulisannya dalam Berita Harian 10 Julai 1995, beliau menyenaraikan beberapa kelebihan dan keunikan susu ibu berbanding susu tepung : 
  1. Susu ibu mengandungi kandungan protein yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit.
  2. Najis bayi yang menerima susu ibu, akan menjadi asid dan ini menyebabkan tidak sesuai untuk pembiakan kuman di dalam sistem usus.
  3. Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya dari ibu. Ia berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
  4. Secara purata seseorang ibu mampu mengeluarkan 400-900 milimeter(ml) susu setiap hari. Daripada jumlah ini, ia mengandungi 0.80.9 peratus protein, 2.13.3 peratus lemak dan 6.9 hingga 7.2 peratus laktos. Kandungan garam seperti natium dan kalsium pula rendah.
  5. Bayi juga berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
Oleh itu, bagi ibu-ibu yang sedang menyusu digalakkan memakan makanan berkhasiat agar bayi yang disusuinya menerima pati makanan yang terbaik. Antaranya ialah iakn, telur, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.


Sumber : Penulisan Abu Muhamaad Nukman Muqrin ( Tips amalan ibu mengandung & pedoman melahirkan anak pintar )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...