Assalammualaikum semua.. Ok, hari ni sy nak bg info mengenai penyusuan anak.. FYI, i'm one of mum to be.. First child.. Insyaallah in Jan 14.. So, info nie untuk sy juga.. jadinyer xsalah la kalau kita sama2 dapat manfaat kan.. Sharing is caring:)
Susu ibu amat penting bagi perkembangan fizikal dan mental anak-anak, kerana ia sebagai kunci hubungan di antara pemakanan dengan faktor kejiwaan, kesan hubungan rapat di antara ibu dengan anak. Kesan penyusuan, sama ade kandungan zat susu dan juga cara-cara dan adab-adab ketika menyusu pun menjadi faktor ke arah pembentukan peribadi anak-anak.
Oleh sebab itu terdapat perintah di dalam Al-Quran, Firman Allah SWT:
Maksudnya: " Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya....." "....... Apabila keduanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya."
(A-Baqarah ayat 233)
Daripada ayat ini, kita dapat mengambil kesimpulan seperti berikut:
- Tugas seorang ibu ialah menyusui anaknya, dan ia tidak boleh menolak hak anaknya sekiranya ia masih mampu menyusui anaknya.
- Masa menyusu bayi ialah dua tahun
- Penyusuan boleh diberhentikan ketika anaknya berumur dibawah dua tahun, dengan syarat mendapat persetujuan bersama (ibu bapa). Setelah menimbang baik buruknya. Kerana dalam ayat itu juga terdapat sambungannya bermaksud demikian; " Apabila keduanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya."
- Seorang suami harus memberi keselesaan pada isteri untuk meneruskan penyusuan anaknya.
- Apabila si ayah kepada anak tersebut meninggal dunia, maka tugas tersebut hendaklah di ambil alih oleh keluarga untuk meneruskan keperluan ibu agar penyusuan diteruskan.
- Seorang ibu yang masih mampu menyusui anaknya tidak dibenarkan mengupah orang lain untuk menyusukan anaknya. Apabila ia telah bercerai, maka suaminya wajib memberi keperluan pada isterinya agar penyusuan diteruskan.
Sumber : Penulisan Abu Muhamaad Nukman Muqrin ( Tips amalan ibu mengandung & pedoman melahirkan anak pintar )
No comments:
Post a Comment