Friday 12 December 2014

Big Bad Wolf KL 2014

Semalam memang kami dah start cuti. Saja nak luangkan masa dengan family. Plan memang dah lama berhajat nak pergi BBW ni. Sebab review kata buku murah-murah. So, nak la jugak tau kan. Buku apanyang murah tu sampai ramai sangat yang menggila nak pergi BBW ni.

Kalau bab benda murah-murah ni mesti korang akan terpikir, Eh malas nak pergi. Parking mesti susah. Actually parking dia sangat banyak dan besar. Kami semalam masuk parking dekat dalam. Bayaran RM5 per entry. So, okla kan. Sebab korang kompem akan lama duduk dalam tu. Percayalah. Oh ya! Lagi satu BBW ni beroperasi 24JAM! Yes, tanpa henti. So tak ada masalah kalau korang rasa akan bersesak-sesak sebab operating hours dia lama.

Target emmy pergi sana nak tengok buku-buku untuk Nayli. So memang fokus tu jer. First time masuk memang sangat teruja yang rasa sampai nak melompat-lompat tu. Besar tu tempat dia. Memang rambang mata la. Serius! Sangat best! Buku banyak gila. Buku-buku akan disusun mengikut jenis. Memang senang nak cari. Rasanya tak ade masalah bab pencarian buku ni. Cumanya korang kena rajin jalan dan plan korang nak gerak dari mana ke mana dulu supaya tak terlepas setiap section yang menarik.

Memang betul la apa yang orang kata, bukunya sangat MURAH! ada yang serendah RM2! Gila kan. Mana nak dapat wey buku murah macam tu. Buku kanak-kanak pula yang jenis bergambar dan 'hardcover' tu boleh dapat RM8 atau RM10. Haa??? Terlopong kau. Sangat Murah! Ni kalau jenis macam ni pergi la mana-mana kedai buku mana nak dapat harga tu. Mahal tau buku macam ni.

Lepas tu ada buku kanak-kanak yang jual dalam satu set ada yang dijual dalam range harga RM6-RM15. Ok ni contohnya.




Best kan? Memang tak rugi kalau korang membeli time macam ni. Buku boleh pakai lama. Buku melayu pula, emmy nampak banyaknya jual novel. Korang yang gila novel bole pergi BBW ni. Sebab apa? Sebab 1 buku novel yang tebal tu cuma RM5 jer. Boleh la korang buat koleksi novel lepas ni. Bahan bacaan melayu dekat BBW ni tak banyak sangat. Untuk kanak-kanak ada buku kisah-kisah 25 Nabi. Satu buku dijual RM2. kalau ambil satu set RM50. Yang ni pun emmy beli jugak walaupun baby kecil lagi, boleh jadikan bedtime story Nayli nanti.



Kalau ada bawa anak kecil tu. Dekat sini ada disediakan 'mini fun fair'. Kalau anak boring, boleh la dorang pergi sini. Yang dekat tingkat atas 'exhibition hall' tu. Dekat situ ada jugak kedai-kedai makan. So no worry. Kalau korang tak tahu nak pergi mana cuti sekolah ni. Boleh la bawak pergi ke BBW ni. Ada la juga aktiviti berfaedah kan. Betul tak? Nak duduk berapa lama pun takpe dalam ni. Terpulang. Nak cerita panjang-panjang pun nanti tak surprise la korang nak pergi. Tempat ni sangat direkomenkan untuk pergi. Koranb rasa sendiri keterujaannya. Laburkan duit untuk ilmu tak ape. Hehe. So emmy kasi belanja gambar jela ye. Biarlah gambar berbicara.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...