Saturday, 30 August 2014

Aku dan ShakleeEffect Ku..

Assalammualaikum semua.. Kali ni rasa macam nak membebel tentang diri saya dan Shaklee.. Padahal sudah lebih setahun kot dengan Shaklee ni, baru harini kau nk cerita ye Emmy.. Oh, namaku diberi Nooremmy Zuraidah Saari.. Tapi nama manja-manja, nama femes ku ramai yang panggil emmy jer. Mungkin lagi sedap dan lagi sesuai emmy kot dari zuraidah.. hehe.. ok2, balik ke topik kita ye..

Honestly speaking, dulu saya tidak tahu  pun apa Shaklee ni.. Rasanya macam saya buat tidak kesah jer pun dulu.. Sebab biasala kan.. kita ni kalau benda tu tak femes ataupun tidak mendatangkan apa-apa, kita memang suka buat tidak tahu jer kan.. Saya pun dulu macam tu jugak.

KEADAAN KESIHATAN SEBELUM BERJUMPA SHAKLEE.
Dari kecil hingga la besar, saya memang ada asma. Kalau salah makan sikit mesti akan kena serangan asma. Asma ni pula datangnya bermusim. Saya jenis kalau asma, kena ambil nebulizer dan akan pakai inhaler. 

PERKENALAN DENGAN SHAKLEE
Sampai la saya hendak berkahwin pada 10 Nov 2012.. Saya ada tanya kawan saya, Siti Fatimah Adliah a.k.a My mummy dalam Shaklee dekat FB. Saya PM dia, tanya dia jual apa ni. Siti beritahu yang dia jual ESP.. Time tu macam huh? apa benda la pulak ESP ni kan. Seriously memang first time saya dengar ESP ni. Akhirnya saya beli jugak ESP tu dengan Siti.. Ingat lagi waktu tu muka ni memang teruk jerawat, hormon nak kahwin ni kan macam sesuatu sikit.. Happy memang la happy nak kahwin kan (gatai betul ko ye emmy), tapi tanya la semua orang, nak buat persiapan tu bukan main stress.. Sebab tu la muka pun stress jugak ikot kepala yang stress dan serabut ni. Dari situ lah saya tau tentang kewujudan produk Shaklee ini.

JERAWAT SEMAKIN MALU DAN PUDAR


Ok, so kami pun berjumpa di Seksyen 7 dekat Nasi Lemak Cinta Sayang. Siti kata minum ESP ini bagus.. Sesuai untuk saya yang nak kahwin. Kalau sebut kahwin semua nak kurus kan, kurus tu memang dalam list ye. Tipula siapa-siapa nak kahwin tidak mahu kurus. Siti cakap ESP ini pun bagus untuk muka jugak.. Wah! Bestnya. Siap ajar saya lagi macam mana nak guna ESP ni sebagai masker muka.. Ha! Tak ke jimat tu namanya. Tidak perlu susah-susah nak pergi spa. Dekat rumah pun boleh buat. Cut cost dah dekat situ. hehe.

So, dapat la 1 Tong ESP dalam genggamanku.. Mula-mula nak telan agak susah jugak.. tapi bila dah lama-lama ok jer.. Ini la permulaan saya kenal Shaklee. Maknanya saya sudah kenal Shaklee ini sebelum Nov 2012 lagi.. Dipendek kan cerita, selepas saya berkahwin, saya tidak makan apa-apa produk Shaklee lagi.

3 May 2013 saya daftar sebagai ahli Shaklee. Ini baru daftar. Belum aktif lagi.. Bila saya mula aktif? Macam ni kisahnya.. Semuanya bermula bila saya pergi ke HQ di Empire Subang. Disitu saya jumpa mummyku, Siti. Dan disitu jugalah saya jumpa salah seorang adik beradik ku di dalam Shaklee Kak Dira..


BILA SAYA MULA BERBISNES SHAKLEE
Oh waktu itu saya pregnant anak pertamaku yang diberi nama Nayli Firzana Tihani Bt Mohd Ridzuwan. Ini lah buah hati, intan payung kami..

Bila dah jumpa kawan, mula lah bersembang tak ingat dunia kan. Sampai la Siti tanya saya Emmy ada blog tak? Tak nak ke buat blog? What? Seriously waktu tu memang saya tidak tahu macam mana nak buat blog. Tapi nampak gaya 'mak' saya ni macam mencabar saya jer kan. Pikir punya pikir, why not buat blog. Mula lah kerja malam ku dirumah pulun tengok pakcik serba boleh dan serba tahu 'Mr. Google'. Memang first layout blog, tema semua nampak 'skema' jer ye, maksudnya basic jer.. Tak de maknanya nak canggih macam sekarang ni. But at least saya cuba sendiri kan.

Makanya, terhasil lah blog jomsihatcarasaya ini dan dalam masa yang sama saya buat page juga di facebook, Thenayliteam sekarang dah rebranding nama page tu sikit kepada 'Kedai Vitamin Nayli Ampang'. Itulah titik permulaan saya dengan Shaklee. Saya pun mulalah berfikir. Kalau saya nak tahu segala kebaikan produk Shaklee, mestilah saya kena makan produknya. Kalau tidak macam mana saya hendak berkongsi kebaikan produk ini. 

MENGANDUNG KEKAL CERGAS DENGAN SHAKLEE
Since memang time tu saya pregnant, sangat la sesuai nya. Saya makan macam2 time pregnant. ESP, VITALEA, OMEGA GUARD (ni feveret) dan OSTEMATRIX. Apa kelebihan bila makan banyak-banyak macam ni. Sila teruskan bacaan anda

ESP ni saya makan sebab dah biasa minum dari awal-awal saya kenal Shaklee. VITALEA ini multivitamin, so memang ok jer kan makan. OMEGA GUARD ni pula sebab bagus untuk janin dan perkembangan bayi. Ianya juga bagus untuk asma. Dan apa yang membuatkan saya suka sangat OMEGA GUARD ini kerana saya perasan berat badan time pregnant macam ok jer (sebab Omega ni fungsi memecahkan lemak). OSTEMATRIX ni pula memang kena makan sebabnya saya memang jenis liat sikit nak minum susu. Senang telan jer 4Biji Ostematrix ni habis cerita. Lepas tu memang malam-malam lena tidur (sampai meleleh air liur basi tu.. hehe). Orang kata kalau pregnant selalu akan kena simpul biawak kan. Alhamdulillah saya pregnant tak ada pula rasa simpul2 biawak ni, kaki tak 'cramp'. Memang terbaik lah.

Untuk pengetahuan anda, saya bekerja di bangsar. Hari-hari saya pergi kerja dari rumah saya naik LRT (stesen Ampang) -> LRT (masjid jamek) -> Tukar train, berjalan kaki ambil PUTRA. Dari PUTRA (masjid jamek) -> PUTRA (bangsar) -> Naik bas. Lepas turun bas, saya akan berjalan kaki naik turun jejantas. Then, baru sampai ofis. Saya berjalan kaki dari saat saya pregnant sehingga la di minggu terakhir kandungan (37weeks). Memang saya rasa kurang penat. Sampai orang-orang diofis pun hairan.

LUKA CEPAT SEMBUH SEWAKTU BERPANTANG
Saya pun continue makan sampai bersalin. Dan saya juga berpantang dengan Shaklee. Apa yang saya makan time ni adalah ESP, VITALEA, ZINC, OSTEMATRIX, VIT C.Saya bersalin secara caesarean. Memang semua pun tahu.. kalau bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti.. Yang bestnya.. Bila berpantang dengan Shaklee.. Dalam seminggu laju jer jalan.. Luka cepat sembuh..Dan dalam masa yg sama saya makan jugak ikan haruan.. Maksud disini, kita boleh hendak makan makanan lain selain Shaklee, cuma kena ikut aturan pengambilan yang betul.

MISI UNTUK MENYUSUKAN BAYI DIPERMUDAHKAN
Susu badan? Alhamdulillah.. sampai sekarang Nayli nak masuk 10 bulan masih lagi menyusu badan. Saya mula buat stock susu waktu dalam pantang lagi.. Nayli so far setakat ini tidak pernah batuk, selesema . Demam pun baru sekali. Alhamdulillah. syukur sangat baby diberi kesihatan yang baik. Komitmen memang sangat tinggi, tapi saya enjoy buat semua tu.. Rasa makin dekat dengan baby..


KEKAL SIHAT SELEPAS BERSALIN
Apa pula Shaklee effect untuk saya? Jeng..Jeng..Jeng.. Berat makin menurun lepas berpantang. ALFALFA.. LECITHIN..OMEGA memang kawan baik saya sekarang ni..Memang best. Ini bukan makan lepas 1 minggu nampak hasil.. Memang makan masa ye.. Yang penting sabar.. Mesti dapat hasil.. Tidak la turun berkilo-kilo.. Tapi at least ada la juga kan.. Dari 69kg ke 60kg.. Target nak dapat 55kg.. Kena usaha lagi.. Lagi satu MEALSHAKE & CHEWABLE VIT C.. Ini pun saya masih makan sampai la sekarang..

Ini adalah apa yang saya makan buat sekarang.


BASIC-H (yang berbotol) itu selalunya saya akan gunakan untuk mencuci kotoran-kotoran degil yang terdapat di botol pam dan juga aksesori pam. Senang nak tanggal. HERBAL BLEND memang bagus. Wajib ada. Untuk kesan melecur memang sangat sesuai. Ini kegunaan seisi keluarga. SCP (Shaklee Collagen Powder) untuk awet muda. Nak bagi kulit tidak kelihatan tua sebelum usia.

Sekarang saya adalah PENGEDAR SHAKLEE yang aktif. Kekuatan saya dalam BerShaklee ini adalah keluarga saya. Kesihatan mereka sekarang amat saya titik beratkan. Saya akui dulu memang berkira-kira hendak melabur untuk kesihatan, tetapi sekarang tidak lagi. Di dalam Shaklee saya adalah di bawah Group Jutawan. Ini adalah Susur Galur saya:

Emmy --> Siti --> MNS(nad) --> MIA --> PM Cery.

Bersama orang-orang yang hebat akan membuatkan diri saya turut terasa aura mereka. Insyaallah saya pasti berjaya.
Tapi apa yang penting tentang #shakleeeffect ni, walaupun saya tidak mempunyai apa-apa rank lagi di dalam Shaklee ini, saya bersyukur di pertemukan dan dikelilingi dengan orang-orang yang baik.. Yang banyak mengajar dan mengingatkan saya tentang konsep 'menjemput rezeki', konsep 'memberi'.. Dan yang paling penting lakukan sesuatu kerana Allah SWT.. Ini yang saya rasa sangat terkesan dalam hidup saya sekarang.. Dan saya rasa saya masih bersama Shaklee adalah kerana ini.. Ukhuwah yang terjalin sangat la kuat.. Bukan wang ringgit menjadi ukuran...

Terima Kasih Ya Allah... Untuk ini..

Ini adalah sebahagian dari kisah ku.. Cerita ku... Aku... Shaklee.. Dan Shakleeeffect ku...



















2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...