Thursday, 14 August 2014

Tip Untuk Hamil

TIP CEPAT HAMIL

#Tip 1
DAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL
- Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal

#Tip 2
KETAHUI WAKTU SUBUR ANDA
- Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya kitaran haid anda teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli Kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

#Tip 3
HUBUNGAN SEKS YANG LEBIH KERAP
- Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi

# Tip 4
TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI
- Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makan makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

#Tip 5 
MENGAMBIL MULTIVITAMIN
- Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen Zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

#Tip 6
BERSENAM SECARA RUTIN
- Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin

#Tip 7 
MENGAMBIL MAKANAN SEIMBANG
- Mengawal pengambilan makanan amat penting terutamanya apabila anda mengalami masalah ovulasi dan ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hami. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakkan wanita PCOS dapat mengaturkan kitaran haid mereka kembali dan seterusnya berovulasi secara semulajadi

#Tip 8
JAUHI DADAH, MEROKOK DAN MINUMAN KERAS
- Merokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dam komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan kurangkan pengambilan minuman berkafein kepada 2 cawan sehari.

Apa-apa pun, kita ikhtiar sebaik mungkin.. Hanya Allah SWT sahaja yang menentukan dan memberi rezeki. Jangan pernah putus asa untuk berdoa dan ikhtiar.




































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...