Sunday, 17 August 2014

Stress.. Boleh Mengurangkan Susu Badan

"Kau susukan baby kan? Baik kau jangan stress nanti susu kau tak ada!".. Pernah tak orang cakap macam ni dekat korang? Ke selalu jer ada orang-orang yang cakap macam ni? Sebenarnya ibu-ibu bukan nya stress sebab susu tak da ke apa.. tapi stress dengan orang-orang di sekeliling yang cakap macam ni.. Hehehe.. Betul tak? 
Meh sini nak bagitau.. Sebenarnya stress TIDAK mengurangkan penghasilan susu ibu. Tetapi stress mengganggu PENGELUARAN  susu ibu dari payudara.. Haaa... Boleh faham kan.. So, ibu-ibu.. You better clear your mindset ye :)
Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi di mana bila ibu stress, hasil perahan juga akan berkurangan. Kadang-kadang breast masih lagi rasa berat dan penuh tetapi susunya macam 'malu-malu' kucing jer nak keluar. 

Stress mempengaruhi hormon OKSITOSIN ibu. Hormon ini adalah hormon gembira ibu, hormon ini penting kerana kehadiran OKSITOSIN akan memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kelenjar susu. 

So, ibu-ibu..Sila lah RELAX ye...

Apa tips untuk ibu mengawal stress :

  • BERNAFAS
    • Yes, bersyukur lah kerana masih lagi dikurniakan Allah SWT udara untuk anda bernafas dan juga diberi peluang untuk menyusukan bayi anda.
  • AIR
    • Pergerakan bendalir dalam badan dapat melegakan kegusaran dan buangkan sel-sel stress ibu. So banyak kan minum air ye.. Lagi-lagi jika anda mengamalkan supplemen Shaklee.. Memang disarankan untuk minum air banyak.
  • Makan Buah-Buahan
    • Makanlah buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin B dan C yang dapat menajuhkan sel-sel stress dalam badan ibu.
  • ZIKIR
    • Kita memang digalakkan untuk sentiasa mengingati Allah SWT. Zikir membantu ibu kembali tenang supaya lebih lancar.
Ibu-ibu, tolong 'DELETE' mindset anda yang kata stress akan kurangkan susu. Payudara anda menghasilkan susu untuk memenuhi permintaan bayi anda. Oleh itu, jika penyusuan terganggu kerana apa sahaja sebab dan bayi anda tidak menyusu sekerap biasa, susu yang anda hasilkan akan berkurangan.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...