Thursday, 24 October 2013

Kenapa Perlu Amalkan Suplemen @ Makanan Tambahan

Assalammualaikum... Ok, hari ni saya nk tulis entry mengenai Konsep Perubatan Anti Penuaan.. Pagi2 tadi baca paper Harian Metro tibe2 dapatla satu idea nak update blog kan.. Maklum la.. paper HM ni paper pilihan hatiku... ececeh.. promote pulak kan..Haruslah kan.. Saya ni staff nstp.. lagipun xrugi baca paper.. banyak ilmu yang kita dapat.. Saya tertarik sebabnya dalam ni ada mention MAKANAN TAMBAHAN / SUPLEMEN.. Tak caya??Ok, jom tgk keratan akhbar ni..




Sepanjang minggu ini saya dihujani dengan pelbagai persoalan berhubung perubatan antipenuaan atau lebih popular dipanggil ‘anti-aging’. Ramai yang mempunyai pelbagai tanggapan salah mengenai antipenuaan dan tak kurang juga yang mencemuh serta menganggap perubatan ini tidak mengikut fitrah dan bertentangan dengan Islam.
Ini semua gara-gara gambar saya terpampang di dada akhbar apabila saya menerima ijazah sarjana perubatan antipenuaan daripada UCSI Universiti minggu lalu.
Hakikat sebenarnya perubatan antipenuaan bidang terbaru dalam aliran perubatan terkini yang secara khususnya bermatlamatkan pencegahan dan pengurangan risiko mendapat penyakit kronik berkaitan dengan proses penuaan dan juga corak kehidupan zaman moden sekarang seperti jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, kegemukan dan pelbagai lagi.
Ia satu kesilapan istilah pada saya kerana konotasi ‘anti’ itu sesuatu yang negatif dan seolah-olah bertentangan dengan fitrah manusia yang pasti akan menjadi tua. Saya lebih suka menggunakan istilah ‘penuaan sihat’ (healthy aging).

Sebelum itu, ingin saya nyatakan di sini apakah yang ‘tidak benar’ berhubung perubatan antipenuaan. Perubatan antipenuaan bukanlah ‘ubat ajaib’ atau ‘ubat rahsia’ yang akan mengekalkan keremajaan. Bukanlah juga sejenis krim muka untuk kelihatan muda atau sejenis makanan atau minuman ajaib yang akan menyebabkan seseorang menjadi muda.

Ia juga bukanlah suntikan ajaib menyebabkan seseorang kelihatan remaja dan hilang segala kedutan di kulit. Perubatan antipenuaan juga bukanlah mengelakkan menjadi tua atau tidak mahu mati. Oleh itu, apa sebenarnya perubatan antipenuaan ini?

Konsep perubatan antipenuaan ini cara hidup sihat secara integratif yang merangkumi pemakanan sihat, pengawalan nutrisi, senaman fizikal, makanan tambahan atau suplemen, keseimbangan hormon, perubahan gaya hidup, mengelak faktor risiko tinggi, kesihatan mental, pengawalan stres dan sebagainya. Ia dilakukan secara amalan harian sepanjang hayat secara konsisten dan berterusan.

Secara umumnya perubatan antipenuaan hidup dengan gaya hidup sihat, sekali gus bermakna seseorang itu perlu makan secara sihat, mengambil suplemen yang perlu, bersenam selalu, tidak merokok, mengawal stres, aktiviti seksual yang sihat, tidak makan berlebihan, meninggalkan tabiat suka gula dan manisan, makan buah-buahan, makan sayuran dan banyak lagi yang perlu diamalkan setiap hari sehingga akhir hayat.

Oleh kerana itu, perubatan antipenuaan boleh dinamakan sebagai ‘perubatan pencegahan integratif’, tetapi terlalu teknikal dan agak membosankan bunyinya. Maka ia lebih popular dipanggil sebagai antipenuaan atau anti-aging walaupun sebenarnya salah istilah.

Zaman sekarang amat kerap kita dengar orang muda mati awal kerana diserang penyakit jantung pada usia 30-an atau awal 40-an. Masalah kesihatan yang serius seperti kegemukan, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung pada umur pertengahan ini sesuatu yang tidak diingini kerana umur pada waktu terbabit masih produktif dan sumbangan amat diperlukan lagi.

Penyakit kronik ini biasanya berlaku kepada orang berumur dan biasanya sudah bersara. Jika seseorang mendapat masalah kesihatan pada umur 30-an atau 40-an, maka kita boleh katakan seolah-olah dia sudah ‘tua sebelum waktunya’.

Pencegahan penyakit ini ilmu antipenuaan yang patut kita amalkan agar kita menjadi sihat sehingga ke akhir hayat. Kerana itulah istilah ‘umur kronologi’ dan ‘umur biologi’ selalu kita dengar, tetapi ramai yang masih keliru.

Seseorang berpenyakit tetapi masih berumur 30-an mempunyai umur kronologi 30-an tetapi umur biologi 70-an. Di sinilah jika mengamalkan perubatan antipenuaan akan membantu menurunkan umur biologi daripada umur 70-an kepada umur 30-an sebagaimana sepatutnya.

Seseorang tidak boleh mengembalikan umur kronologinya kerana tiada siapa yang boleh memutar semula masa yang hilang tetapi kita boleh mengembalikan umur biologi kepada yang sepatutnya jika kita menjaga kesihatan dengan baik.

Kerana itu, kita juga selalu berjumpa dengan orang yang kelihatan muda dan bertenaga muda berbanding umur mereka sebenar kerana penjagaan kesihatan yang baik. Itulah matlamat sebenarnya perubatan antipenuaan.

Konsep ini selari dengan tuntutan Islam kerana Rasulullah sendiri seorang manusia yang amat sihat dan kekal sihat hingga ke akhir hayat. Penjagaan kesihatan satu tuntutan Islam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 172, yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Makanlah daripada rezeki yang baik yang kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadanya.”

Terdapat kesan sampingan yang amat menarik daripada mengamalkan perubatan antipenuaan iaitu wajah akan kelihatan awet muda, rasa hebat dan lebih bertenaga secara fizikal dan mental. Di samping itu, berat badan lebih ideal, kulit lebih tegang, kurang kedutan, berseri dan cerah berbanding kawan seusia anda.

Ramai yang menghubungi saya bertanya saya bagaimana mengamalkan perubatan antipenuaan. Sebenarnya kebanyakan topik yang saya tulis dalam ruangan ini berkisar mengenai konsep perubatan antipenuaan.

Anda perlu berjumpa doktor yang mempunyai pengkhususan dalam bidang ini. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dan ujian darah berkaitan sebelum mencadangkan pemakanan, suplemen, senaman dan rawatan bersesuaian mengikut individu.

Anda juga perlu faham perubatan antipenuaan bukanlah ubat yang akan merubah anda sekelip mata atau dalam masa singkat. Komitmen bersungguh-sungguh di pihak anda amat perlu untuk mendapatkan hasil terbaik daripada kaedah perubatan antipenuaan ini. 

 Info Dari : Harian Metro 

So, dari sini jer kita da tau yang penjagaan kesihatan amat dituntut dalam islam.. Ape tunggu lagi.. Jom berSHAKLEE beramai-ramai.. Jangan salah faham ye.. Makanan tambahan bukan nyer untuk org2 dewasa.. malah kanak-kanak pun perlukannyer juga.. SHAKLEE ni bagus.. Vitamin untuk seisi keluarga..  Percayalah cakap saya.. memang xrugi membeli.. ni bukan sebab saya pengedar sah Shaklee ye.. tapi mmg da ramai yang dok cakap-cakap kt luar sana.. 
Ok, meh saya nak share sikit kenapa Shaklee.. Credit to Dr. Malinda...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...