Saturday, 29 November 2014

Prolaktin dan Oksitosin dalam penyusuan ibu

Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.

Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.

Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus). Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.



Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.

Untuk memahami refleks ini dengan mudah, ringkasannya begini:


  • Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara



  • Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari



  • Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu



  • Payudara diisi dengan susu semula



  • Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin



  • Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan



  • Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula


Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.

Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).



Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.

Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu


Thursday, 27 November 2014

Apa itu Hemofilia

Hari Khamis lalu, Nayli di masuk kan ke dalam Wad di Hospital Ampang atas faktor kesihatan. Enam hari kami bermalam di hospital. Secara jujurnya, memang banyak yang dapat selama 6 hari dalam hospital. Salah satunya emmy berkesempatan berkenalan dengan seorang ibu yang mempunyai anak yang menghidap 'Hemofilia'

Bila tengok anak dia, kita nampak dia macam budak-budak yang normal, maksudnya yang tidak mempunyai masalah kesihatan. Sebab dia nampak aktif dan bermain macam kanak-kanak biasa. Ibu ni memang seorang yang sangat tabah dan cekal. Sanggup berhenti kerja atas nasihat doktor untuk menjaga anaknya. Sebab pesakit hemofilia ni sangat memerlukan perhatian yang rapi.

Dari pengalaman yang ibu ceritakan, emmy dapat rasakan betapa tabahnya hati seorang ibu. Betapa besarnya pengorbanan ibu ini. Semua demi anak. Allah, sedih bila dengar pengalaman ibu ni. Semoga Allah sahaja dapat membantu dan moga ibu ini diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjaga anaknya. Amin.


Hemofilia

Apa itu Hemofilia?

Hemofilia merupakan sejenis penyakit warisan yang sedia ada sejak seseorang itu dilahirkan dan ia berpunca daripada kekurangan faktor pembekuan darah.
Seorang bayi lelaki akan menghidap penyakit ini dalam setiap 10,000 kelahiran.
Jenis yang paling kerap dan mewakili 80% daripada kes ini ialah Hemofilia A. Hemofilia A adalah disebabkan kekurangan faktor pembekuan iaitu faktor VIII. Manakala 20% pula meliputi Hemofilia B disebabkan kekurangan faktor IX.

Bagaimanakah Hemofilia diwarisi?

Hemofilia adalah penyakit yang ada sejak dilahirkan. Ia tidak boleh berjangkit daripada seseorang.
Hemofilia biasanya diwarisi, maksudnya melalui gen (baka) ibu bapa. Penyakit ini disebabkan warisan genetik yang dibawa oleh kromosom X. Anak lelaki yang mewarisi kromosom X yang abnormal itu akan menghidap penyakit hemofilia manakala anak perempuan akan menjadi pembawa.
Kadangkala penyakit hemofilia juga boleh terjadi disebabkan oleh mutasi gen. Dalam kes seperti ini, kedua-dua ibu bapa tidak membawa gen hemofilia tetapi sebaliknya terdapat perubahan (mutasi) yang berlaku pada gen pesakit. Lebih kurang 30% kes-kes adalah disebabkan oleh mutasi gen.

Tahap-hahap Hemofilia

Tahap keterukan penyakit ini bergantung kepada peratus faktor pembekuan yang berfungsi di dalam darah pesakit.

NORMAL
50% - 150% tahap aktiviti normal Faktor VIII (8) atau IX (9) dalam darah.

RINGAN (MILD)
alt 5% - 30% tahap aktiviti normal faktor pembekuan darah.
  • Pendarahan berlebihan selepas  pembedahan atau kemalangan.
  • Jarang ataupun tidak pernah berdarah dengan sendirinya.

SEDERHANA (MODERATE)
alt 1% - 5% daripada aktiviti normal faktor pembekuan darah.
  • Pendarahan yang berlaku sekali sekala secara spontan.
  • Berlaku pendarahan berlebihan selepas luka, kemalangan atau pembedahan. Contoh: berkhatan/cabut gigi.

SERIUS (SEVERE)
alt Kurang 1.0% daripada aktiviti normal faktor pembekuan darah.
  • Pendarahan secara spontan kerap berlaku.
  • Pendarahan berpanjangan selepas luka atau kemalangan.
  • Tanda-tanda pendarahan menjadi ketara apabila kanak- kanak mula merangkak atau berjalan.

Apakah tanda-tanda penyakit Hemofilia?
  • Lebam yang besar.
  • Pendarahan di dalam sendi dan otot dengan spontan terutamanya sendi lutut, siku dan buku lali.
  • Pendarahan yang berlaku dengan spontan tanpa sebab-sebab tertentu.
  • Pendarahan berpanjangan selepas terluka, cabut gigi atau selepas pembedahan.
  • Pendarahan berpanjangan selepas kemalangan terutamanya apabila berlaku pendarahan di dalam otak (intracranial bleed).
  • Pendarahan di dalam otot atau sendi akan menyebabkan:
    • rasa sakit atau kurang selesa
    • bengkak
    • sakit dan tegang
    • pergerakan terbatas
alt alt
Bahagian-bahagian yang kerap berlaku episod pendarahan

Pesakit hemofilia boleh mendapat pendarahan dalaman atau di luar badan.
Jika pendarahan berlaku berulang kali pada sendi yang sama, ini akan menyebabkan sendi itu rosak dan berasa sakit.
Pendarahan berulang kali akan menimbulkan masalah-masalah kesihatan lain seperti radang sendi (arthritis). In akan menyebabkan pergerakan agak terbatas dan sukar melakukan aktiviti yang mudah.

Bagaimana mengelakkan pendarahan?
  • Pendidikan berterusan kepada ibu bapa/penjaga pesakit mengenai hemofilia dan cara menjaga kanak-kanak semasa kecil.
  • Elakkan daripada permainan dan aktiviti yang lasak dan boleh menyebabkan kecederaan (high contact sports) seperti bola sepak, rugbi, tinju dan sebagainya.
  • Dapatkan rawatan faktor sebelum mencabut gigi/pembedahan.
  • Elakkan daripada suntikan dalam otot (intramuscular) semasa vaksinasi.
  • Dapatkan rawatan secepat mungkin sekiranya berlaku sebarang pendarahan.
  • Menjaga anak-anak yang masih kecil dengan rapi agar tidak jatuh atau mengalami kecederaan semasa bermain di dalam atau di luar rumah.
  • Memaklumkan kepada pihak sekolah/institusi tentang masalah hemofilia yang dihidapi anak agar diberi pengawasan yang rapi.
Bagaimana penyakit Hemofilia dirawat?
  1. Rawat pendarahan dengan segera
    Rawatan yang cepat dan mencukupi boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan dengan menggunakan konsep R.I.C.E.
    R - Rest (Rehat) : Rehatkan sendi atau anggota yang tercedera.
    I - Ice (Ais) : Letakkan ais pada tempat/bahagian anggota yang tercedera. Alaskan ais dengan kain sebelum meletakkan pada tempat yang tercedera selama 10 – 20 minit.
    C - Compress (Tekan) : Tekan tempat pendarahan (apply pressure) atau balut tempat luka/sendi yang terlibat. Jangan ikat sendi terlalu ketat.
    E - Elevation (Elevasi) : Naikkan sendi atau anggota yang terlibat lebih tinggi daripada paras dada.
Buat masa ini masih belum ada rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit hemofilia tetapi dengan wujudnya rawatan yang terkini penghidap hemofilia juga dapat hidup secara normal seperti orang lain. Tanpa rawatan pesakit hemofilia jenis serius (severe) berkemungkinan mendapat kecacatan fizikal dan mengalami kesukaran untuk berjalan atau melakukan aktiviti yang ringan.

Bilakah rawatan diperlukan?

Rawatan diberi untuk:
  • Pendarahan di dalam sendi.
  • Pendarahan di dalam otot terutamanya otot tangan dan kaki.
  • Pendarahan di dalam leher, mulut, lidah, muka atau mata.
  • Kecederaan di kepala dan sakit kepala yang keterlaluan.
  • Pendarahan yang banyak atau berpanjangan di mana-mana bahagian.
  • Sakit yang kuat atau bengkak yang melibatkan mana-mana anggota.
  • Semua luka yang perlu dijahit.
  • Berikutan kemalangan yang berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya pendarahan.
Rawatan diberi sebelum:
  • Pembedahan atau sebelum prosedur pergigian.
Ubatan yang diberi

Pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini, perlu menjalani rawatan sepanjang hayat mereka. Kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menangani masalah hemofilia ini ialah dengan rawatan penggantian faktor pembeku darah. Kini rawatan untuk hemofilia lebih efektif dan berkualiti. Faktor konsentrat akan disuntik ke dalam saluran darah menggunakan jarum. Pesakit akan menggunakan Faktor VIII untuk Hemofilia A dan Faktor IX untuk Hemofilia B. Pendarahan akan berhenti apabila tahap faktor mencapai paras yang mencukupi.
Sehubungan itu pesakit diwajibkan datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecuali mereka yang telah mendapat latihan untuk mengendalikan suntikan itu sendiri.

alt

Komplikasi Pesakit
  • Pendarahan spontan pada sendi-sendi.
  • Keradangan pada lapisan tisu terutamanya pada sendi di mana jika tidak dirawat boleh menyebabkan kecacatan kekal.
  • Kelemahan pada otot (muscle atrophy) akibat penggunaan otot yang tidak optima kerana kesakitan.
  • Pendarahan dalam kepala di mana jika tidak dirawat segera dan secukupnya boleh menyebabkan kecacatan mental dan mungkin juga kecacatan fizikal.
  • Pendarahan dalam otot-otot penting di bahagian paha dan pangkal pinggul. Risiko untuk pendarahan berulangan di bahagian-bahagian ini adalah tinggi.
Situasi Di Mana Rawatan Tidak Diperlukan
  • Lebam-lebam kecil
    Adalah biasa bagi kanak-kanak hemofilia tetapi ini tidak membahayakan. Walau bagaimanapun lebam di kepala perlu dianggap serius dan dirujuk kepada doktor.
  • Luka kecil atau tercalar
    Pendarahan adalah sama seperti orang biasa. Biasanya ini tidak membahayakan.
  • Hidung Berdarah
    Biasanya berhenti selepas memicit hidung selama 5 minit. Jika pendarahan terlalu banyak dan tidak berhenti, rawatan diperlukan.
Sukan dan Hemofilia

Pesakit hemofilia digalakkan bersukan untuk menguatkan otot. Jenis sukan yang dipilih bergantung kepada fizikal dan kebolehan seseorang.
Aktiviti-aktiviti sukan yang berisiko rendah seperti berenang, berbasikal, berjalan kaki, bermain pingpong, bowling, snooker, golf dan tennis adalah digalakkan.
Sukan yang berisiko tinggi seperti bola sepak, ragbi, tinju, meluncur, bola tampar dan bola keranjang tidak digalakkan.

NOTA PENTING UNTUK PENGHIDAP HEMOFILIA DAN AHLI KELUARGA
  1. Rawat Pendarahan Dengan Segera
    Apabila pendarahan dirawat dengan segera, kesakitan akan berkurangan dan kecederaan kepada sendi, otot dan organ juga kurang berlaku.
  2. Kekal sihat (Stay fit)
    Otot yang kuat membantu melindungi masalah sendi dan pendarahan spontan.
  3. Ubat-ubat yang tidak boleh diambil
    Aspirin (ASA – Acetylsalicylic Acid) dan ubat yang mengandungi ASA yang akan menyebabkan berlakunya lebih banyak pendarahan. Sesetengah ubat boleh mengganggu pembekuan darah. Dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang ubat yang selamat digunakan. Berikut adalah ubat-ubatan yang biasanya selamat digunakan selepas mendapat nasihat daripada doktor iaitu: Paracetamol (Panadol), Tramadol (Tramal), Celecoxib (Celebrex), Dihydrocodeine.
  4. Selalu berjumpa doktor atau jururawat di Pusat Rawatan Hemofilia
    Kakitangan di Pusat Rawatan Hemofilia akan membantu dan memberi nasihat tentang perawatan hemofilia.
  5. Elakkan daripada suntikan dalam otot (Intramuscular Injection)
    Suntikan ke dalam otot boleh menyebabkan pendarahan. Namun begitu suntikan vaksinasi bagi pesakit hemofilia adalah perlu. Oleh itu, suntikan secara subcutaneous adalah selamat untuk pesakit hemofilia.
  6. Penjagaan gigi
    Ibu bapa dan pesakit hemofilia perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan mulut. Panduan dan nasihat dari doktor gigi perlu diikuti bagi mengelakkan kerosakan gigi. Ini kerana sebarang suntikan untuk prosedur atau pembedahan gigi akan menyebabkan pendarahan.
  7. Sentiasa memakai "Medic Alert" dan membawa Kad Hemofilia.
  8. Mempelajari cara-cara mengatasi masalah-masalah pendarahan biasa (basic first aid).
  9. Anda dan keluarga anda perlu pelajari dan faham tentang penyakit anda.
Credit info : KKM

Monday, 17 November 2014

Herbal Blend Shaklee - Terbaik

Assalammualaikum semua. Nak tanya korang ni. Korang akan risau tak kalau baby ada kesan merah-merah ataupun dikira sebagai 'eczema'? Tambahan pula bila kita ni antara ibu yang baru mempunyai seorang anak. Memang cuak lain macam bukan.

Tak dinafikan, Emmy pun macam tu. Emmy nak share sikit pengalaman ye. Orang kata kalau si ibu ada asthma, kemungkinan baby kita akan ada eczema. Emmy memang ada asma, so Nayli waktu awal-awal kelahiran, memang ada masalah sikit dekat tempat-tempat yang berlipat, kulit jadi kering. Lagi-lagi dekat bahagian pipi. Jadi kasar dan kering sangat kulit muka. 

Apa Emmy buat, emmy sapu krim Herbal Blend Shaklee dekat tempat-tempat tu semua. Konsisten guna dalam waktu berpantang dan Alhamdulillah memang nampak kesan positif. Maksudnya kurang dah tanda-tanda kemerah-merahan tu. 

Nak cerita dekat sini, Emmy hanya berkongsi apa yang dah terjadi dekat kawan-kawan. Then mereka cuba sendiri. Alhamdulillah, kawan hepi dengan apa yang mereka nampak. Ya Allah. Syukur nikmat. Emmy hanya membantu, selebihnya kerja Allah SWT. 





Wednesday, 12 November 2014

Cabaran Ibu menyusu ketika outstation

Cabaran untuk ibu menyusu ketika kerja outstation ni, pada emmy memang sangat mencabar kerana beberapa faktor. Antaranya adalah masa. Kerja outstation ni kita kena ambil kira masa kita ketika di tempat kerja tu. Bila masa ibu nak buat rutin pam. So peranan ibu disini sangat penting. Ibu kena pandai curi masa untuk lakukan rutin pam. Kalau tak nanti alamatnya cik 'B' akan membengkak. Sakit tau kalau dah start membengkak tu. Boleh buat demam. Bila kerja outstation ni ibu memang kena jadi 'Manusia Gigih'.

Emmy baru balik kerja dari Senai. So memang time dekat Senai, masa tu memang lari dari rutin harian pam waktu di kl. Nak tak nak, kena juga curi masa tu. Memang kena kuat dan gigih. Kalau tak kuat, kita akan mudah rasa down. Tidak dinafikan kerja luar sangat penat. Sebab tu supplemen Shaklee ini sangat penting bagi emmy. Kerana waktu macam ni lah badan kita akan jadi mudah letih dan penat. Ditambah pula kita ni ibu menyusu. Memang sangat letih.

Supplemen tu bukannya ubat boleh buat susu kita jadi banyak sekaligus. No. No. No. Jangan salah faham ye. Bila badan kita cergas, sihat ibu tak akan mudah rasa letih. Betul kan. So, kalau nak buat apa-apa kerja pun ok jer. Macam tu la juga dengan sesi mengepam susu ni. Bila kita cergas, nk buat rutin pam pun relax jer. Badan sihat. Otak kita tak stress.  Baru susu meriah.

Tempat kerja emmy ni ok. Walaupun kami kerja di plant, tapi dorang semua sangat supportive. Faham keadaan di mana ibu memerlukan masa dan tempat penyimpanan stok susu. Habis jer sesi pam, susu tu emmy akan letak dalam peti ais bahagian office admin, dan akan biarkan susu dekat situ sampai la emmy nak bertolak ke kl. Sebab kalau letak dekat hotel, susu susah nak beku.

Kita kena tau jarak perjalanan dari tempat kerja ke rumah. Sebab waktu traveling tu, kita kena pastikan susu tu beku ye. Dan jangan lupa bawak ais dan cooler bag sekali supaya stok yang kita bawa tu sentiasa berada pada suhu yang stabil. So susu tak rosak.

Alhamdulillah. Emmy masih lagi diberi peluang untuk menyusukan Nayli. Walaupun ada cabaran yang datang, jika kita sabar, pasti Allah SWT akan tolong kita. Kalau ada ibu-ibu yang selalu kerja outstation tu, kena pastikan badan kita sihat sepanjang hari dan jangan mudah putus asa. Korang kena jadi 'Manusia Gigih'! Jom support BF♥♥


Supplemen yang Emmy bawa ketika travel

Stok susu untuk Nayli dari Senai


Tuesday, 11 November 2014

Sokong breast feeding

Minggu ni emmy kerja outstation dekat Senai selam 3 hari. So bab packing barang, memang banyak barang-barang pumping jer. Sampai 2 bag. Bag baju 1 jer pun. Macam tu la kalau mak-mak yang ada rutin pam pergi kerja outstation. Walaupun jauh, rutin pam tetap kena buat. Bukan alasan tak nak buat.

Emmy kerja di bahagian production, akan masuk plant. Tapi emmy bersyukur sangat mereka disini semua dah faham rutin ibu yang BF baby. Tapi kita kena pandai curi-curi masa bila kita perlu buat sesi pam. Stock emmy letak mana? Selalunya kalau ke senai, memang stock emmy akan tinggalkan dekat kilang je sampai la masa nak gerak balik kl. Simpan dekat peti sejuk, so susu akan sentiasa beku.

Syukur sangat sebab orang dekat sini sangat memahami. Walaupun lelaki, mereka sangat supportive. Rupanya dorang ni pun memang support BF baby ni sebab wife sendiri pun masih BF baby. Yeah! 

LETS SUPPORT BF kawan-kawan!





Monday, 10 November 2014

Apa yang best tentang Shaklee

Keluarga Shaklee ku. Seronok bila diberi peluang untuk berjumpa dan ber'coaching' dengan seorang yang emmy rasa sangat positif dan berjaya, Nendaku Master Nadiah. First time emmy jumpa dengan nad, tapi rasa macam dah lama kenal je sebab kami mudah sangat mesra. Emmy pun baru pertama kali FTF (face to face) coaching dengan MNS ni. Ilmu tak pernah lokek untuk diberi. 

Apa yang bestnya dalam keluarga Shaklee ni, anak-anak pun turut sama bercoaching dengan mak-mak. Tengok jela, dorang pun bole suai kenal dengan kawan-kawan baru. Anak bukan alasan untuk menuntut ilmu. Anak la sebenarnya penguat emmy nak menuntut ilmu. Allah, tak boleh nak ungkap dengan kata-kata bertapa seronoknya keluarga Shaklee emmy ni.

Perubahan dapat emmy tengok dalam diri, dari seorang yang terlalu negatif, tak yakin pada diri sendiri kepada seorang yang positif. Walaupun tidak la banyak, tapi perubahan itu tetap ada. Patut la orang kata, tuntut la ilmu. Sebab bila berilmu, kita sendiri dapat rasa perubahan dalam diri kita. Apa yang Nenda MNS cakap, TINDAKAN perlu ada.

Kawan biarlah beribu kan. Inilah keluarga Shaklee Emmy. Ukhuwah kami sangat kuat, umpama sebuah keluarga. Inilah bestnya Shaklee. Apa yang utama diutamakan dan lain-lain perkara akan datang dengan sendirinya. Doakan kami berjaya dunia & akhirat. 





Wednesday, 5 November 2014

Motivation Quotes


LET DO THE BEST & ALLAH DO THE REST ..

 
 


Monday, 3 November 2014

Bakar Lemak bersama Omega dan Lecithin


Sempena promo omega sedang berlangsung, bagi mereka yang ingin kelihatan kurus, boleh la cuba Omega Guard Shaklee ni. Jika diambil bersama dengan Lecithin, pembakaran lemak akan cepat bertindak. Selalunya Promo BUY 6 FREE 1, tapi untuk untuk bulan ini ada extra promo.. Anda boleh beli TWINPACK Omega Guard dengan 5% OFF.. Best kan? Boleh la kongsi dengan kawan-kawan.

Tanya saya untuk dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi yang terbaik:)













Sunday, 2 November 2014

Promo November 2014 - OMEGA GUARD SHAKLEE


Dapatkannya Sekarang.. Boleh Beli 6 atau 2.. Jangan menyesal kalau dah tahu banyak manfaat kalau makan Omega Guard ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...