Saturday, 30 August 2014

Aku dan ShakleeEffect Ku..

Assalammualaikum semua.. Kali ni rasa macam nak membebel tentang diri saya dan Shaklee.. Padahal sudah lebih setahun kot dengan Shaklee ni, baru harini kau nk cerita ye Emmy.. Oh, namaku diberi Nooremmy Zuraidah Saari.. Tapi nama manja-manja, nama femes ku ramai yang panggil emmy jer. Mungkin lagi sedap dan lagi sesuai emmy kot dari zuraidah.. hehe.. ok2, balik ke topik kita ye..

Honestly speaking, dulu saya tidak tahu  pun apa Shaklee ni.. Rasanya macam saya buat tidak kesah jer pun dulu.. Sebab biasala kan.. kita ni kalau benda tu tak femes ataupun tidak mendatangkan apa-apa, kita memang suka buat tidak tahu jer kan.. Saya pun dulu macam tu jugak.

KEADAAN KESIHATAN SEBELUM BERJUMPA SHAKLEE.
Dari kecil hingga la besar, saya memang ada asma. Kalau salah makan sikit mesti akan kena serangan asma. Asma ni pula datangnya bermusim. Saya jenis kalau asma, kena ambil nebulizer dan akan pakai inhaler. 

PERKENALAN DENGAN SHAKLEE
Sampai la saya hendak berkahwin pada 10 Nov 2012.. Saya ada tanya kawan saya, Siti Fatimah Adliah a.k.a My mummy dalam Shaklee dekat FB. Saya PM dia, tanya dia jual apa ni. Siti beritahu yang dia jual ESP.. Time tu macam huh? apa benda la pulak ESP ni kan. Seriously memang first time saya dengar ESP ni. Akhirnya saya beli jugak ESP tu dengan Siti.. Ingat lagi waktu tu muka ni memang teruk jerawat, hormon nak kahwin ni kan macam sesuatu sikit.. Happy memang la happy nak kahwin kan (gatai betul ko ye emmy), tapi tanya la semua orang, nak buat persiapan tu bukan main stress.. Sebab tu la muka pun stress jugak ikot kepala yang stress dan serabut ni. Dari situ lah saya tau tentang kewujudan produk Shaklee ini.

JERAWAT SEMAKIN MALU DAN PUDAR


Ok, so kami pun berjumpa di Seksyen 7 dekat Nasi Lemak Cinta Sayang. Siti kata minum ESP ini bagus.. Sesuai untuk saya yang nak kahwin. Kalau sebut kahwin semua nak kurus kan, kurus tu memang dalam list ye. Tipula siapa-siapa nak kahwin tidak mahu kurus. Siti cakap ESP ini pun bagus untuk muka jugak.. Wah! Bestnya. Siap ajar saya lagi macam mana nak guna ESP ni sebagai masker muka.. Ha! Tak ke jimat tu namanya. Tidak perlu susah-susah nak pergi spa. Dekat rumah pun boleh buat. Cut cost dah dekat situ. hehe.

So, dapat la 1 Tong ESP dalam genggamanku.. Mula-mula nak telan agak susah jugak.. tapi bila dah lama-lama ok jer.. Ini la permulaan saya kenal Shaklee. Maknanya saya sudah kenal Shaklee ini sebelum Nov 2012 lagi.. Dipendek kan cerita, selepas saya berkahwin, saya tidak makan apa-apa produk Shaklee lagi.

3 May 2013 saya daftar sebagai ahli Shaklee. Ini baru daftar. Belum aktif lagi.. Bila saya mula aktif? Macam ni kisahnya.. Semuanya bermula bila saya pergi ke HQ di Empire Subang. Disitu saya jumpa mummyku, Siti. Dan disitu jugalah saya jumpa salah seorang adik beradik ku di dalam Shaklee Kak Dira..


BILA SAYA MULA BERBISNES SHAKLEE
Oh waktu itu saya pregnant anak pertamaku yang diberi nama Nayli Firzana Tihani Bt Mohd Ridzuwan. Ini lah buah hati, intan payung kami..

Bila dah jumpa kawan, mula lah bersembang tak ingat dunia kan. Sampai la Siti tanya saya Emmy ada blog tak? Tak nak ke buat blog? What? Seriously waktu tu memang saya tidak tahu macam mana nak buat blog. Tapi nampak gaya 'mak' saya ni macam mencabar saya jer kan. Pikir punya pikir, why not buat blog. Mula lah kerja malam ku dirumah pulun tengok pakcik serba boleh dan serba tahu 'Mr. Google'. Memang first layout blog, tema semua nampak 'skema' jer ye, maksudnya basic jer.. Tak de maknanya nak canggih macam sekarang ni. But at least saya cuba sendiri kan.

Makanya, terhasil lah blog jomsihatcarasaya ini dan dalam masa yang sama saya buat page juga di facebook, Thenayliteam sekarang dah rebranding nama page tu sikit kepada 'Kedai Vitamin Nayli Ampang'. Itulah titik permulaan saya dengan Shaklee. Saya pun mulalah berfikir. Kalau saya nak tahu segala kebaikan produk Shaklee, mestilah saya kena makan produknya. Kalau tidak macam mana saya hendak berkongsi kebaikan produk ini. 

MENGANDUNG KEKAL CERGAS DENGAN SHAKLEE
Since memang time tu saya pregnant, sangat la sesuai nya. Saya makan macam2 time pregnant. ESP, VITALEA, OMEGA GUARD (ni feveret) dan OSTEMATRIX. Apa kelebihan bila makan banyak-banyak macam ni. Sila teruskan bacaan anda

ESP ni saya makan sebab dah biasa minum dari awal-awal saya kenal Shaklee. VITALEA ini multivitamin, so memang ok jer kan makan. OMEGA GUARD ni pula sebab bagus untuk janin dan perkembangan bayi. Ianya juga bagus untuk asma. Dan apa yang membuatkan saya suka sangat OMEGA GUARD ini kerana saya perasan berat badan time pregnant macam ok jer (sebab Omega ni fungsi memecahkan lemak). OSTEMATRIX ni pula memang kena makan sebabnya saya memang jenis liat sikit nak minum susu. Senang telan jer 4Biji Ostematrix ni habis cerita. Lepas tu memang malam-malam lena tidur (sampai meleleh air liur basi tu.. hehe). Orang kata kalau pregnant selalu akan kena simpul biawak kan. Alhamdulillah saya pregnant tak ada pula rasa simpul2 biawak ni, kaki tak 'cramp'. Memang terbaik lah.

Untuk pengetahuan anda, saya bekerja di bangsar. Hari-hari saya pergi kerja dari rumah saya naik LRT (stesen Ampang) -> LRT (masjid jamek) -> Tukar train, berjalan kaki ambil PUTRA. Dari PUTRA (masjid jamek) -> PUTRA (bangsar) -> Naik bas. Lepas turun bas, saya akan berjalan kaki naik turun jejantas. Then, baru sampai ofis. Saya berjalan kaki dari saat saya pregnant sehingga la di minggu terakhir kandungan (37weeks). Memang saya rasa kurang penat. Sampai orang-orang diofis pun hairan.

LUKA CEPAT SEMBUH SEWAKTU BERPANTANG
Saya pun continue makan sampai bersalin. Dan saya juga berpantang dengan Shaklee. Apa yang saya makan time ni adalah ESP, VITALEA, ZINC, OSTEMATRIX, VIT C.Saya bersalin secara caesarean. Memang semua pun tahu.. kalau bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti.. Yang bestnya.. Bila berpantang dengan Shaklee.. Dalam seminggu laju jer jalan.. Luka cepat sembuh..Dan dalam masa yg sama saya makan jugak ikan haruan.. Maksud disini, kita boleh hendak makan makanan lain selain Shaklee, cuma kena ikut aturan pengambilan yang betul.

MISI UNTUK MENYUSUKAN BAYI DIPERMUDAHKAN
Susu badan? Alhamdulillah.. sampai sekarang Nayli nak masuk 10 bulan masih lagi menyusu badan. Saya mula buat stock susu waktu dalam pantang lagi.. Nayli so far setakat ini tidak pernah batuk, selesema . Demam pun baru sekali. Alhamdulillah. syukur sangat baby diberi kesihatan yang baik. Komitmen memang sangat tinggi, tapi saya enjoy buat semua tu.. Rasa makin dekat dengan baby..


KEKAL SIHAT SELEPAS BERSALIN
Apa pula Shaklee effect untuk saya? Jeng..Jeng..Jeng.. Berat makin menurun lepas berpantang. ALFALFA.. LECITHIN..OMEGA memang kawan baik saya sekarang ni..Memang best. Ini bukan makan lepas 1 minggu nampak hasil.. Memang makan masa ye.. Yang penting sabar.. Mesti dapat hasil.. Tidak la turun berkilo-kilo.. Tapi at least ada la juga kan.. Dari 69kg ke 60kg.. Target nak dapat 55kg.. Kena usaha lagi.. Lagi satu MEALSHAKE & CHEWABLE VIT C.. Ini pun saya masih makan sampai la sekarang..

Ini adalah apa yang saya makan buat sekarang.


BASIC-H (yang berbotol) itu selalunya saya akan gunakan untuk mencuci kotoran-kotoran degil yang terdapat di botol pam dan juga aksesori pam. Senang nak tanggal. HERBAL BLEND memang bagus. Wajib ada. Untuk kesan melecur memang sangat sesuai. Ini kegunaan seisi keluarga. SCP (Shaklee Collagen Powder) untuk awet muda. Nak bagi kulit tidak kelihatan tua sebelum usia.

Sekarang saya adalah PENGEDAR SHAKLEE yang aktif. Kekuatan saya dalam BerShaklee ini adalah keluarga saya. Kesihatan mereka sekarang amat saya titik beratkan. Saya akui dulu memang berkira-kira hendak melabur untuk kesihatan, tetapi sekarang tidak lagi. Di dalam Shaklee saya adalah di bawah Group Jutawan. Ini adalah Susur Galur saya:

Emmy --> Siti --> MNS(nad) --> MIA --> PM Cery.

Bersama orang-orang yang hebat akan membuatkan diri saya turut terasa aura mereka. Insyaallah saya pasti berjaya.
Tapi apa yang penting tentang #shakleeeffect ni, walaupun saya tidak mempunyai apa-apa rank lagi di dalam Shaklee ini, saya bersyukur di pertemukan dan dikelilingi dengan orang-orang yang baik.. Yang banyak mengajar dan mengingatkan saya tentang konsep 'menjemput rezeki', konsep 'memberi'.. Dan yang paling penting lakukan sesuatu kerana Allah SWT.. Ini yang saya rasa sangat terkesan dalam hidup saya sekarang.. Dan saya rasa saya masih bersama Shaklee adalah kerana ini.. Ukhuwah yang terjalin sangat la kuat.. Bukan wang ringgit menjadi ukuran...

Terima Kasih Ya Allah... Untuk ini..

Ini adalah sebahagian dari kisah ku.. Cerita ku... Aku... Shaklee.. Dan Shakleeeffect ku...



















Friday, 22 August 2014

Nutrien didalam susu ibu

Susu ibu ada nutrien amat kritikal

Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:
● Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
● Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
● Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
● Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
● Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
 Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
● Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
● Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
● Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan penyusuan badan untuk ibu : 
● Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
● Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
● Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
● Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

Kebaikan lain: 
● Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
● Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.

Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Dari Harian Metro

Susu Ibu.. Tiada Tandingannya

Susu Ibu Sebatian Ajaib


By Nadwatul Husna in Kump. Ibu2 Menyusukan ·  

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

Memantapkan Sistem Imunisasi
Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.

Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.

Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.

Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.

Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.

Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.


Fakta tentang "Makanan Tersegar"
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.

Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.

Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.

Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.

Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.

Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.

Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.

Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.

Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.

Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

-  Sumber : Artikel iluvislam.com

Macam mana susu ibu dihasilkan?


[ Proses Pengeluaran Susu Ibu ]

Jom kita tengok video ini untuk gambaran yang lebih jelas


[Sumber: MyHEALTH http://www.myhealth.gov.my]

GLA Shaklee tak bagus?

Haaa.. Mesti semua orang...macam huh? GLA Shaklee tak bagus? Tula kan da kata suruh boikot shaklee.. Tak nak dengar.. 
Meh sini nak cakap sikit.. Itu la kita ni memang macam tu la pun.. Bila ada sesuatu tajuk yang tergempar jer mula la nak buat macam-macam andaian.. padahal baca pun tak habis lagi kan.. Lain kali baca sampai habis ye.. Jangan main share jer dulu..

GLA Shaklee ni TAK BAGUS kepada orang yang memang tak suka, tak nak, tak peduli atau pun tak mahu nak jaga kesihatan.. Sebenarnya GLA Shaklee ni BAGUS untuk orang-orang yang memang jaga kesihatan selain dari senaman dan mengamalkan pemakanan seimbang.. Betul ke bagus? Ok, baca cerita selanjutnya dekat sini...


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Antara Kebaikan GLA Shaklee ini :
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome).. Klik sini untuk atasi masalah senggugut / PMS
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkan immuniti badan.
  • Memperlahankan process penuaan.
  • Mengurangkan “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf.

Perbezaan Shaklee

Kebanyakan GLA (Gamma-Linolenic-Acid) yang ada dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee pula diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2x ganda GLA dalam EPO.

Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.

Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilan.

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shaklee Guard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan.

Bioavailabiliti nya pula dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Antara Manfaat Utama GLA Shaklee :

  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  • Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti "hot flashes", insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan gula dalam darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapat bentuk badan cantik. Ambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriklerosis dan myocardial infecion.
  • Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan autisme (ADD/ADHD) - Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.
Banyak tak bagusnya GLA Shaklee ni.. Dah cakap da GLA Shaklee ni memang bagus.. 

Semoga apa yang dikongsi dapat manfaat bersama.. Bagus ataupun tidak terpulang kepada hak individu.. Saya hanya sekadar ingin berkongsi.. 










Tuesday, 19 August 2014

Menyusukan Anak..Wanita sangat beruntung

Susu ibu menguntungkan wanita 


Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. 



Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.




Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.




Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi


Sumber-->
WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

Monday, 18 August 2014

Puas diet, senam tapi tak kurus?




 SUDAH cuba pelbagai cara untuk kurus tetapi tidak berhasil? Sudah puas bersenam, berpuasa, mengurangkan kalori malah menggunakan teknik laser dan sedut lemak, tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan?

 
 Jika segala usaha terbabit tidak memberikan sebarang hasil, maknanya anda berhadapan dengan situasi obesiti degil.
Apabila seseorang dilanda obesiti degil dia selalunya mengalami sindrom montel yang menyebabkan wajah seseorang itu berubah menjadi montel.
Wajah yang comel akan menjadi bulat dan kembang. Dada yang bidang juga turut kembang dan hilang bentuk. Malah sesetengahnya mengalami gynecomastia iaitu pembesaran buah dada tidak terkawal. Buah dada membesar dan melendut tanpa kolagen menyebabkan ia hilang rupa bentuk asal.
Sindrom montel juga menjadikan pinggang seseorang membesar dan ukur lilit belakang meningkat. Kalau diamati bentuk tubuh seseorang tampak seperti lelaki apabila terkena sindrom montel.
Seseorang yang menghidap sindrom montel sering merasakan dirinya tertekan kerana wajah jadi tidak cantik akibat pengumpulan lemak sekeliling muka dan dagu berlapis.
Mereka menyangka perubahan wajah itu boleh di atasi dengan penggunaan mekap yang tebal atau kosmetik yang mahal.

Sebab itu golongan ini sering menjadi mangsa keadaan kerana terpengaruh untuk membeli pelbagai barangan kosmetik demi mengubah penampilan supaya kembali cantik.
Bagi pengamal perubatan estetik, Dr. Rushmini Maris Ismail, beliau sering berhadapan dengan golongan sindrom montel yang datang untuk mendapatkan rawatan wajah.
Apabila ditanya mengapa mereka menitikberatkan kulit muka tetapi membiarkan tubuh kekal gempal, jawapan yang diberikan ialah kecewa kerana segala usaha dan kerja keras untuk menguruskan badan tidak berhasil. Pada mereka itu adalah satu takdir yang menyedihkan.
Anggapan itu salah kerana sindrom montel boleh diatasi dengan terapi bagi membetulkan semula gangguan hormon dan enzim dalam tubuh.

Ia memerlukan rawatan yang lebih daripada sekadar menjaga menjaga makan, minum dan senaman.
Rawatannya memerlukan peningkatan dalam enzim dan metabolik. Bagi memahami bagaimana sindrom montel terjadi sila fahami analogi ini. Seseorang yang mempunyai masalah kencing manis misalnya disebabkan tidak mampu memecahkan gula.
Maka gula akan kekal sebagai gula dalam darah. Seseorang yang mengalami gout misalnya tidak mampu memecahkan protein maka protein akan menjadi asid urik dalam darahnya.
Sindrom montel pula di sebabkan oleh seseorang itu tidak mampu memecahkan lemak kepada tenaga. Justeru, ia merupakan satu penyakit.
Ia boleh dikategorikan sama seperti penyakit metabolik yang lain seperti kencing manis dan gout kerana ia memerlukan rawatan dan perubahan gaya hidup yang spesifik.
Seseorang yang obes merasa letih lesu dan kurang bermaya. Dia juga mudah marah, gelisah dan berasa rendah diri.
Mood mereka kerap berubah-rubah di sebabkan turun naik paras hormon metabolik. Apabila paras hormon meningkat, mereka berasa tenang dan gembira. Tetapi apabila paras hormon merosot pula mereka merasa murung dan gelisah. 

Mereka ini turut mengalami masalah perubahan pada nada dan kotak suara.
Jika dahulu suara mereka halus dan merdu kini nada suara menjadi rendah. Seorang sahabat yang dulunya gemar menyanyi kini tidak mahu lagi menyumbangkan suara di majlis keramaian.
Sindrom montel telah meragut kebolehannya menyanyi.
Seorang lagi sahabat diganggu oleh pertumbuhan bulu roma yang menyerupai janggut dan misai.
Sindrom montel menyebabkan hormon wanita menjadi rendah. Mereka yang menderita sindrom ini juga juga kerap kencing.
Setiap kali selepas makan mereka akan ke tandas manakala usus menjadi lemah dan pembuangan najis tidak lancar.
Mereka juga sering mengadu bau badan yang kuat akibat dari hadirnya hormon testosterone yang berlebihan.

Pergerakan dan daya pemikiran penderita sindrom montel adalah perlahan. Ini menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lambat.
Mereka juga tidak tahan dengan bunyi bising dan sering mahu menyendiri.
Masalah gatal gatal kulit juga sering terjadi terutama pada waktu malam bagi pengidap sindrom ini. Kulit menjadi kasar dan mata mengecil. Kerap kali mereka kehilangan bulu mata dan kening di mana kening menjadi nipis.

Salah satu penyelesaian bagi mengatasi sindrom ini ialah dengan pengambilan bahan protein semulajadi phospohotidyl serine.
Ia merupakan suplemen yang mampu mengurangkan hormon cortisol yang menjadi penyebab sindrom montel.
Phosphatidylserine ialah sejenis lemak yang di namakan phospholipid yang merupakan komponen dinding sel manusia. Otak terbina rata-ratanya dari kelompok ini.
Menurut Journal of The International Society of Sports Nutrition para penyelidik mengatakan phosphatidylserine membantu para ahli sukan supaya cepat segar selepas sesuatu pertandingan sukan lasak. Ia juga meningkatkan daya ingatan seseorang.
Suplemen lain yang berkesan ialah mineral magnesium, hromium dan selenium. Mineral seperti ini wujud dalam makanan seperti tiram, sayur hijau mentah dan cendawan.
Justeru adalah penting untuk mengambil makanan mentah seperti ulam bagi pengidap sindrom montel.

Rawatan obesiti bukan semata-mata mengurangkan makan dan bersenam. Apabila sudah obes, sel-sel lemak mengeluarkan banyak estrogen yang merosakkan hormon dalam tubuh membawa kepada sindrom montel. Ia memerlukan rawatan khusus.
Salah satunya ialah melalui enzim terapi estetik. Ia merupakan rawatan terbaik kerana mengambil kira semua aspek yang menyumbang kepada sindrom tersebut.

Sumber :






Sunday, 17 August 2014

Stress.. Boleh Mengurangkan Susu Badan

"Kau susukan baby kan? Baik kau jangan stress nanti susu kau tak ada!".. Pernah tak orang cakap macam ni dekat korang? Ke selalu jer ada orang-orang yang cakap macam ni? Sebenarnya ibu-ibu bukan nya stress sebab susu tak da ke apa.. tapi stress dengan orang-orang di sekeliling yang cakap macam ni.. Hehehe.. Betul tak? 
Meh sini nak bagitau.. Sebenarnya stress TIDAK mengurangkan penghasilan susu ibu. Tetapi stress mengganggu PENGELUARAN  susu ibu dari payudara.. Haaa... Boleh faham kan.. So, ibu-ibu.. You better clear your mindset ye :)
Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi di mana bila ibu stress, hasil perahan juga akan berkurangan. Kadang-kadang breast masih lagi rasa berat dan penuh tetapi susunya macam 'malu-malu' kucing jer nak keluar. 

Stress mempengaruhi hormon OKSITOSIN ibu. Hormon ini adalah hormon gembira ibu, hormon ini penting kerana kehadiran OKSITOSIN akan memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kelenjar susu. 

So, ibu-ibu..Sila lah RELAX ye...

Apa tips untuk ibu mengawal stress :

  • BERNAFAS
    • Yes, bersyukur lah kerana masih lagi dikurniakan Allah SWT udara untuk anda bernafas dan juga diberi peluang untuk menyusukan bayi anda.
  • AIR
    • Pergerakan bendalir dalam badan dapat melegakan kegusaran dan buangkan sel-sel stress ibu. So banyak kan minum air ye.. Lagi-lagi jika anda mengamalkan supplemen Shaklee.. Memang disarankan untuk minum air banyak.
  • Makan Buah-Buahan
    • Makanlah buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin B dan C yang dapat menajuhkan sel-sel stress dalam badan ibu.
  • ZIKIR
    • Kita memang digalakkan untuk sentiasa mengingati Allah SWT. Zikir membantu ibu kembali tenang supaya lebih lancar.
Ibu-ibu, tolong 'DELETE' mindset anda yang kata stress akan kurangkan susu. Payudara anda menghasilkan susu untuk memenuhi permintaan bayi anda. Oleh itu, jika penyusuan terganggu kerana apa sahaja sebab dan bayi anda tidak menyusu sekerap biasa, susu yang anda hasilkan akan berkurangan.







Bekalan Susu Badan Berkurangan. Apakah Puncanya?

Tidak dinafikan, apabila di tanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan bayi mereka atau menyusukan dalam masa yang pendek, mereka memberi sebab utama sebagai " Bekalan susu saya tidak mencukupi". Tahukah anda ianya tidak seperti yang anda fikirkan.. Kekurangan mungkin berlaku jika anda tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak ada lagi perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting. Jadi apakah sebenarnya punca kepada permasalahan ini.

JOM BACA SELANJUTNYA ------->>>>


Sebenarnya, semua tanda-tanda ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan anda sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi anda. Juga, bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu, dan, oleh itu, memang merupakan perkara biasa jika anda meragui sama ada bekalan susu anda memadai. Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisien dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan anda bimbang yang bekalan susu anda tidak mencukupi. 


Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu yang ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini. Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya. 


Apakah Puncanya?


Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya. 


Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:


  • mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
  • mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
  • bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
  • terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.


Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka. 


Lemak-lemak raya patut dibuang dengan ALFALFA & LECITHIN SHAKLEE

Assalammualaikum semua.. Masih dalam mood raya lagi ke? Sekarang ni pasti masing-masing sibuk nak kuruskan badan balik kan? Mana tak nya, raya haritu bukan main sedap lagi kan makan.
Stock ALFALFA & LECITHIN dalam KEDAI VITAMIN NAYLI AMPANG pun memang cepat jer habis licin.. Macam goreng pisang panas

Disebabkan ramai yang memang minat gila dengan ALFALFA & LECITHIN ni, kami dah pun restock.



Inilah Kedai dalam rumah kami yang tidak seberapa.
Ready Stock kami

ALFALFA & LECITHIN tu 3 botol sudah bertuan.. Jangan lambat, nanti melepas...


Thursday, 14 August 2014

Tip Untuk Hamil

TIP CEPAT HAMIL

#Tip 1
DAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL
- Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal

#Tip 2
KETAHUI WAKTU SUBUR ANDA
- Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya kitaran haid anda teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli Kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

#Tip 3
HUBUNGAN SEKS YANG LEBIH KERAP
- Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi

# Tip 4
TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI
- Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makan makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

#Tip 5 
MENGAMBIL MULTIVITAMIN
- Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen Zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

#Tip 6
BERSENAM SECARA RUTIN
- Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin

#Tip 7 
MENGAMBIL MAKANAN SEIMBANG
- Mengawal pengambilan makanan amat penting terutamanya apabila anda mengalami masalah ovulasi dan ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hami. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakkan wanita PCOS dapat mengaturkan kitaran haid mereka kembali dan seterusnya berovulasi secara semulajadi

#Tip 8
JAUHI DADAH, MEROKOK DAN MINUMAN KERAS
- Merokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dam komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan kurangkan pengambilan minuman berkafein kepada 2 cawan sehari.

Apa-apa pun, kita ikhtiar sebaik mungkin.. Hanya Allah SWT sahaja yang menentukan dan memberi rezeki. Jangan pernah putus asa untuk berdoa dan ikhtiar.




































Tuesday, 12 August 2014

Bangsar... Area COD Shaklee..

Vitamin E untuk COD di area bangsar.. My office.. Nak cantik katanya..



 * Nota kaki : Rindu la dekat budak kecik belakang tu :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...