Sunday, 28 September 2014
Saturday, 27 September 2014
Tip kempiskan perut selepas bersalin
Tengok tajuk jer mesti ramai ibu-ibu yang teruja kan.. Inilah yang sangat ditakuti oleh kaum ibu diluar sana termasuk lah saya juga. Perut buncit waktu mengandung comel la.. Tapi bila baby dah keluar, perut tu tak berapa nak comel da kalau kita tidak jaga dengan betul.. Selagi mana mampu nak buat, kita buat la ye.. Untuk yang tersayang juga kan..
Apakah puncanya?
Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan oleh diastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar.
Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan bukannya otot perut. Ini menyebabkan perut anda nampak buncit dan masalah lain timbul seperti postur badan yang salah. Bagi membetulkan masalah ini, senaman dan pemakanan yang betul adalah sangat penting.
Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin
SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari
BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan.
KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik.
BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur
badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari.
DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.
Cara lain yang lebih mudah? Baca seterusnya
Cadangan paling selamat adalah dengan HERB LAX. Fungsi utama herb lax adalah untuk detox usus dan buang segala kekotoran dan toksik yang ada di usus. Untuk kesan yang lebih baik, di cadangkan pengambilan LECITHIN
Lecithin membantu dalam memecahkan lemak dalam badan. Dan paling penting lakukan bersama senaman perut iaitu sit up supaya otot2 perut akan bekerja untuk membakar lemak di sekitar perut.
Selamat Mencuba;)
Masker collagen dan Vit e Shaklee
Inilah masker yang terbaik di abad ini.. Siapa yang nak cantik, lawa, meletup hari raya haji ni wajib cuba ni.. Makan pun boleh, nak buat masker pun boleh.. Ikut suka masing-masing nak buat macam mana pun.. Yang pasti memang tak rugi dan sangat berbaloi dengan duit yang di keluarkan..
Selamat Mencuba!
Thursday, 25 September 2014
Bagaimana kalsium boleh membuatkan tidur anda lena
Tidur.. Kalau cerita tentang tidur semua orang hendak tidur yang lena.. Yela kan, tidur adalah salah satu cara kita merehatkan minda dan badan kita setelah penat seharian bekerja. Tahukah anda, dari sudut nutrisi, hasil beberapa kajian menunjukkan terdapatnya mineral tertentu yang efektif dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam.
Menurut James F. Balch, M.D. dalam bukunya:
“Prescription for Nutritional Healing” menulis,
“A lack of the nutrients calcium and magnesium will cause you to wake up after a few hours and not be able to return to sleep.”
Maksudnya disini, Untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti bergantung kepada pengambilan KALSIUM dan MAGNESIUM. Apa pula kaitan tidur dengan KALSIUM dan MAGNESIUM?
Dalam satu kajian yang telah dibuat, mendapati tidur yang terganggu ada kaitannya dengan kekurangan kalsium dan kalsium juga terlibat secara langsung dengan cycle tidur kita. Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika
kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement).
Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan
fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Masalah ini dapat diatasi apabila kadar kalsium dalam darah menjadi normal semula.
“Kalsium
membantu otak kita menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan
melatonin, iaitu hormon yang merangsang rasa mengantuk. Inilah sebabnya
kenapa produk tenusu, yang mana mengandungi kedua-dua tryptophan and
kalsium, adalah antara makanan yang paling membantu untuk tidur.”
William Sears, M.DKekurangan magnesium menyebabkan masalah insomnia
Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat kerap terjaga ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan berkesan, kadar pengambilan kalsium dan magnesuim yang seimbang mampu menyumbang dan membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena.
OSTEMATRIX SHAKLEE dapat membantu :)
Selamat Pagi Malaysia
Selamat pagi semua.. Dah breakfast ke.. Ini breakfast emmy, korang pula macam mana? Breakfast simple jer.. Sekarang memang wajib makan ni dulu awal-awal pagi.. Sebab dah tercabar dengan mereka-mereka yang cantik, kulit flawless tanpa sebarang cela. Fuh! rasa sangat tergugat..
Tuesday, 23 September 2014
Swimming di Hippopo Baby Spa
Sekarang Nayli da masuk 8 bulan.. Memang dah lama plan nak bawa nayli pergi swimming sebab nayli memang tersangat la suka mandi.. Dari kecik lagi kalau mandi memang xmenangis..Memang suka air.. So atas sebab itu.. kami decide nak try nayli pergi swimming.. wee.. Bila dah jadi mak2 ni kan.. rajin la pergi ke blog mak2 yang suka update setiap aktiviti anak mereka.. Dari situ la terjumpa baby spa.. Hippopo Baby Spa.. Spa hokey.. Mama pun xpernah nak pergi spa tau nayli..Awak kecik2 lagi mama dah bawa pergi spa tau..
Kebetulan 13 sept tu my cousin kahwin.. Kami da plan cuti awal hari khamis 11 sept.. Nak balik kampung pun.. kampung kami dekat jer.. Dekat Kuala Klawang, N9.. Bagi memberi keselesaan kepada kami dan juga baby.. Mama nayli ni dah excited.. Hari isnin dah buat appointment. Kami booking jam 11.30 pagi..Tak cepat sangat dan tak lambat sangat.. Waktu call tu.. staff situ ada mention.. kalau nak dtg, make sure baby tak ada demam,selesema, dan batuk.. Sebelum dtg make sure juga baby dah tidur dan dah diberi makan ataupun susu.. Sebab kalau tak buat semua tu.. kemungkinan baby nanti akan meragam.. Nanti jadi tak best plak kan..
Bila staff dah ckp macam tu.. kita kena aware ye.. sebab nanti memudahkan mereka men'spa'kan baby tu.. Hari kejadian.. Bangun memang awal2 pagi.. nak siapkan bubur untuk nayli.. nak kejutkan dia tidur.. macam-macam nak kena buat.. Nayli pun behave jer pagi tu.. macam tau2 jer dia nak swimming.. Oh ye. Lupa pula nak ckp.. pergi sana xperlu bawak apa2 pun.. bawa diri jer.. semua disediakan.. cuma nya korang bawa lah baju extra dgn pampers.. waktu swimming kita guna pampers dorang jer..
Nayli pun bangun awal2 pagi.. Bagi dia makan makan.. Mandikan.. bagi susu nayli tidur balik.. 1jam juga dia tidur.. Dalam jam 10.45 pagi kami keluar dari rumah.. Oh ya.. Hippopo ni banyak cawangan.. Kami booking dekat Great Eastern Mall, Jalan Ampang sebab dekat sikit dengan rumah.. 15minit da sampai.. Saja gerak awal.. Boleh drive relax2 sikit.. sampai sana dalam jam 11.10pagi.. kami terus ke hippopo baby spa.. Sampai2 jer staff tu kata boleh la kita start awal.. Waktu kami sampai.. Ada sorang baby jer.. dtg dgn mak, atuk dan nenek.. kami da excited bila tgk baby tu bukan main ceria dalam air..
Nayli ni da kenal orang.. Memang tak bole nak buat apa la kan.. bila staff dia pegang jer.. mula la menangis.. hadoi la.. macam mana nak swimming ni anak oi.. Dah sudah tukar pampers.. masuk kan dalam tub yg besar sekali dengan baby tadi tu.. Mula2 pakaikan pelampung yg dekat leher tu.. tapi agaknya dia tak selesa kot.. tukar pelampung yg biasa.. Itu pun still menangis.. Nayli tak nak share kolam dgn baby tu.. haishh.. Tak nak bersosial plak si nayli ni tau.. Nak tak nak.. staff tu tukarkan nayli dekat sebelah.. single tub.. Terus senyap hokey.. mampu? Hai la anak mama ni.. so bergembira la Nayli melayan perasaan sorang2 dalam tu..
Jom layan gambar nayli waktu dekat Hippopo Baby Spa Great Eastern Mall
Lepas habis swimming, ada sesi urut mengurut.. Part yang ini, tak ada gambar untuk diletak kan.. sebabnya nayli ni meragam..hehe.. Susah staff hippopo tu nak urut.. Nayli takut dengan orang, nak tak nak mama nayli kena pegang.. Waktu sesi urut tu, bau minyak urut memang sangat sedap. Sampaikan papa nayli kata bau anak dia ni macam bau cameron highlands. Boleh pula terfikir sampai ke situ.Lawak betul. Betul la orang kata,bila baby ni kena urut confirm lepas tu akan tidur lama. Selesai je semua tu. Bila masuk je kereta, bagi susu sikit (Nayli still breast feed lagi sekarang ni) terus tidur.Tidur tu bukan main lena sangat-sangat.
Kalau korang nak spend time masa dengan anak-anak, tempat ini sangat sesuai. Harga kami bayar RM86 untuk 30min swimming dan 30min massage. Staff sana sangat mesra.Pandai layan baby. Mungkin kami akan datang lagi ke sana nanti..
Tuesday, 9 September 2014
Tip minum air 3 litre sehari
Sering kali kita dengar.. Kalau ada ambil makanan tambahan/suplemen, mesti wajib minum 2litre air sehari.. Tahu tak kenapa kita kena ambil air dengan kuantiti ini.. Ini kerana, pengambilan supplemen tambahan/vitamin akan menjadikan darah bertambah pekat, maka pengambilan air sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari diperlukan untuk penyerapan yang lebih baik.
KEPENTINGAN AIR UNTUK IBU MENYUSU
Selain itu, bagi ibu-ibu menyusu, pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting. Ini kerana apabila menyusu, ibu akan rasa cepat dahaga dan dehidrasi. Maka, pengambilan 3 liter air sehari sangat diperlukan untuk menambah kuantiti susu juga.
TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR
>> sakit kepala
>> air kencing terlampau kuning
>> badan terasa panas
>> sakit-sakit badan.
TIPS MINUM AIR MASAK 3 LITER SEHARI
- Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
- Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.
- Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.
- Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
- Minum 1 gelas air selepas ke tandas.
- Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
- Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.
- Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
- Minum air masak apabila terasa lapar atau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
- Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.
MUDAH kan nak minum air;)
SELAMAT MENCUBA;)
Sunday, 7 September 2014
Testimoni Sakit Sendi.. Tiada lagi dengan Shaklee..
TESTIMONI VIDEO - Sakit Sendi Dengan Shaklee
Sakit sendi ini bukan sahaja terhad kepada golongan yang berusia sahaja.. Sekarang ini pun, golongan muda ada yang mengalami sakit sendi..
Ibu saya adalah seorang yang sering sakit lutut.. Sampaikan nak solat pun susah.. Sejak mengamalkan Set Sendi Shaklee, sakit lutut ibu makin bertambah baik.. Yang pasti bila kami pergi ke Cameron Highlands, ibu saya macam orang-orang muda sangat berjalan kaki ke Ladang teh BOH tanpa ada bantuan.. Anak mana yang tidak mahu tengok ibu nya sihat bukan? Sekarang pun sudah boleh solat seperti biasa.. Bila badan kita sihat, bukan ke mudah untuk kita melakukan ibadah.. Syukur.. Alhamdulillah..
Apa yang Ibu saya makan.. Boleh lihat di sini ---> SET SENDI SHAKLEE
Sakit sendi ini bukan sahaja terhad kepada golongan yang berusia sahaja.. Sekarang ini pun, golongan muda ada yang mengalami sakit sendi..
Ibu saya adalah seorang yang sering sakit lutut.. Sampaikan nak solat pun susah.. Sejak mengamalkan Set Sendi Shaklee, sakit lutut ibu makin bertambah baik.. Yang pasti bila kami pergi ke Cameron Highlands, ibu saya macam orang-orang muda sangat berjalan kaki ke Ladang teh BOH tanpa ada bantuan.. Anak mana yang tidak mahu tengok ibu nya sihat bukan? Sekarang pun sudah boleh solat seperti biasa.. Bila badan kita sihat, bukan ke mudah untuk kita melakukan ibadah.. Syukur.. Alhamdulillah..
Apa yang Ibu saya makan.. Boleh lihat di sini ---> SET SENDI SHAKLEE