Tuesday, 9 September 2014

Tip minum air 3 litre sehari


Sering kali kita dengar.. Kalau ada ambil makanan tambahan/suplemen, mesti wajib minum 2litre air sehari.. Tahu tak kenapa kita kena ambil air dengan kuantiti ini.. Ini kerana, pengambilan supplemen tambahan/vitamin akan menjadikan darah bertambah pekat, maka pengambilan air sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari diperlukan untuk penyerapan yang lebih baik.


KEPENTINGAN AIR UNTUK IBU MENYUSU

Selain itu, bagi ibu-ibu menyusu, pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting. Ini kerana apabila menyusu, ibu akan rasa cepat dahaga dan dehidrasi. Maka, pengambilan 3 liter air sehari sangat diperlukan untuk menambah kuantiti susu juga.

TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR

>> sakit kepala 
>> air kencing terlampau kuning
>> badan terasa panas 
>> sakit-sakit badan.

TIPS MINUM AIR MASAK 3 LITER SEHARI



  • Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
  • Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.
  • Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.
  • Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
  • Minum 1 gelas air selepas ke tandas.
  • Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
  • Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.
  • Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
  • Minum air masak apabila terasa lapar atau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
  • Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.
MUDAH kan nak minum air;)

SELAMAT MENCUBA;)

2 comments:

  1. Cantiknya blog, serius! Emmy tempah ke?
    Emmy xde widget follow nak follow emmy.nanti tambah chat box skali deh.hehe.

    ReplyDelete
  2. Tq kak.. tempah.. sebelum ni blog buat sendiri main redah jer.. pakai google jer buat.. so xpandai design2 ni.. chat box tu nnt emy tambah ye.. xreti lagi ni pasal blog2.. boleh la nnt akak beri tunjuk ajar ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...