Thursday, 25 September 2014

Bagaimana kalsium boleh membuatkan tidur anda lena

Tidur.. Kalau cerita tentang tidur semua orang hendak tidur yang lena.. Yela kan, tidur adalah salah satu cara kita merehatkan minda dan badan kita setelah penat seharian bekerja. Tahukah anda, dari sudut nutrisi, hasil beberapa kajian menunjukkan terdapatnya mineral tertentu yang efektif dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam. 

Menurut James F. Balch, M.D. dalam bukunya:
 “Prescription for Nutritional Healing” menulis, 
“A lack of the nutrients calcium and magnesium will cause you to wake up after a few hours and not be able to return to sleep.”

Maksudnya disini, Untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti bergantung kepada pengambilan KALSIUM dan MAGNESIUM. Apa pula kaitan tidur dengan KALSIUM dan MAGNESIUM? 


Dalam satu kajian yang telah dibuat, mendapati tidur yang terganggu ada kaitannya dengan kekurangan kalsium dan kalsium juga terlibat secara langsung dengan cycle tidur kita. Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement). Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Masalah ini dapat diatasi apabila kadar kalsium dalam darah menjadi normal semula.

“Kalsium membantu otak kita menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan melatonin, iaitu hormon yang merangsang rasa mengantuk. Inilah sebabnya kenapa produk tenusu, yang mana mengandungi kedua-dua tryptophan and kalsium, adalah antara makanan yang paling membantu untuk tidur.” 
William Sears, M.D

Kekurangan magnesium menyebabkan masalah insomnia
Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat kerap terjaga ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota


Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan berkesan, kadar pengambilan kalsium dan magnesuim yang seimbang mampu menyumbang dan membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena.

OSTEMATRIX SHAKLEE dapat membantu :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...