Sering kali kita dengar.. Kalau ada ambil makanan tambahan/suplemen, mesti wajib minum 2litre air sehari.. Tahu tak kenapa kita kena ambil air dengan kuantiti ini.. Ini kerana, pengambilan supplemen tambahan/vitamin akan menjadikan darah bertambah pekat, maka pengambilan air sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari diperlukan untuk penyerapan yang lebih baik.
KEPENTINGAN AIR UNTUK IBU MENYUSU
Selain itu, bagi ibu-ibu menyusu, pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting. Ini kerana apabila menyusu, ibu akan rasa cepat dahaga dan dehidrasi. Maka, pengambilan 3 liter air sehari sangat diperlukan untuk menambah kuantiti susu juga.
TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR
>> sakit kepala
>> air kencing terlampau kuning
>> badan terasa panas
>> sakit-sakit badan.
TIPS MINUM AIR MASAK 3 LITER SEHARI
- Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
- Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.
- Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.
- Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
- Minum 1 gelas air selepas ke tandas.
- Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
- Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.
- Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
- Minum air masak apabila terasa lapar atau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
- Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.
MUDAH kan nak minum air;)
SELAMAT MENCUBA;)


